Thursday, January 21, 2010

(10) TAWAF QUDDUM & SAIE HAJI

BERJALAN KE MASJIDIL HARAM
18/11/09, jam 7 pagi, para hujjaj dari KT90 yg lengkap berwudhuk & berihram, berkumpul di lobi Hotel Janadriyyah. Pihak muassasah akan membawa kami ke Masjidil Haram yg letaknya sejauh 760m dari hotel. Kami berjalan dalam rombongan di mana ar-rijal di hadapan manakala an-nisa' di belakang mengikuti mutawwif yg berjalan di hadapan dg membawa bendera Malaysia. Kami berjalan mengikuti jalan2 yg mana di kiri kanannya kedai2, restoran, farmasi & hotel2 sbgmana yg telah ditunjukkan melalui Powerpoint oleh petugas haji semasa sesi taklimat pd malam sebelumnya.
Ceramah oleh petugas Haji di hadapan lif tingkat 11

Beberapa tempat tertentu ditanda agar tidak sesat sewaktu pulang, misalnya Restoran Watani, Farmasi Ra'ad, dsb. Yang menarik perhatian, di sepanjang jalan kedengaran lagu Ya Toibah (yang dipopularkan oleh Haddad Alwi & Sulis dari Indonesia) dialunkan dari kebanyakan kedai. Malah, patung unta bergerak & patung baby di sana pun kalau ditekan suisnya, akan mengalunkan lagu itu jugak.

Di dataran di luar Masjidil Haram

Setelah tiba di dataran yg dipenuhi burung merpati iaitu di luar daripada Bukit Marwah, kami membelok ke kiri melintasi bangunan tandas bawah tanah utk melalui satu lagi dataran yg berhadapan dg Maktabah (asalnya Maulud Nabi). Seterusnya kami menuruni eskelator utk ke Bab al-Salam (Babus-Salam). Di depan pintu, kami masukkan selipar masing2 ke dalam uncang yg dibawa. Kami melalui pintu tersebut sambil membaca doa2 yg telah dikhususkan, misalnya Allahumma antassalaam, waminkassalaam... (sehingga akhir doa).

MENANGIS DI TANGGA
Selepas melalui lorong saie di basement, aku tiba2 terpaku.......... hatiku berdebar2 & dg tidak semena2 aku menghamburkan air mata. Aku menangis semahu2nya. Isteriku kehairanan. Bila dia tanya kenapa, aku tak dapat jawab krn sesuatu yg tak disangka2 berada di hadapanku. Ianya bukanlah suatu perkara yg aneh atau asing, melainkan ianya hanyalah 'tangga' semata2. Waktu itu rombongan telah meninggalkan kami. Aku x kisah ketinggalan. Berkenaan dg tangga itu, bagi orang lain pasti ianya tidak ada apa2 melainkan ianya hanyalah tangga semata2. Tangga itu perlu dinaiki jika kita melalui basement utk naik ke tingkat 1 masjid. Itu saja.

Tapi tangga itu bukan setakat itu bagi aku. Tangga itu pernah muncul dalam mimpi aku sebelum ini. Sebenarnya, sebelum aku ke Tanah Suci, aku kerap kali bermimpi berada di Masjidil Haram sama ada bersolat atau berwudhuk di sana, dsb. Sekali, aku bermimpi yg aku terpaksa solat di tangga krn org terlalu ramai. Aku cuba bertanya kpd mrk yg pernah sampai ke Mekah, ada tak tangga yg begini2.... diorang kata ada. Dan sememangnya tangga itulah yg muncul dlm mimpi aku itu. Itulah tangganya. Aku tak boleh nak terangkan rasa syahdu aku yg amat sgt pd masa itu. Hanya Allah saja yg tahu. Takpelah, aku pun paham kalau korang tak paham... Isteri aku pun tertanya2 kenapa aku menangis sampai begitu sekali.

TUNGGU ABANG KAT SINI
Setelah selesai tragedi di tangga itu, aku kuatkan semangat menaiki tangga itu. Di situ aku & isteri mengikat kedua2 uncang selipar kami pd pagar tangga tersebut. Kata aku, "Kalau terputus nanti, tunggu abang kat sini." Setelah memanjat tangga kami pun sampai di atas. Pada masa itulah aku dpt lihat sesuatu yg aku rindu2kan selama ini. Tersergam di depan mataku Kaabah yg menjadi kiblat bagi setiap umat Islam di seluruh dunia. Lama juga aku berdiri kaku menahan sebak. Dan air mata ini tertumpah lagi di celah-celah laluan ratusan ribu jemaah yg sedang bertawaf.

Dengan linangan air mata, aku & isteri mencari penjuru Hajarul Aswad. Setelah memastikan lampu hijau di sebelah kanan kami, aku yg berihram dengan beridtiba' (membuka bahu kanan) & isteri memulakan tawaf quddum (hanya untuk haji ifrad shj) secara berdua krn telah tertinggal dari rombongan. Setelah selesai kami mendirikan solat sunat tawaf di belakang Makam Ibrahim. Kami mengambil tempat yg agak jauh krn org terlalu sesak.

Solat sunat tawaf di belakang Makam Ibrahim

Pili air zam-zam berada di segenap ceruk dalam Masjidil Haram

Seusai solat kami terus menuju ke pili air zam2 & menikmati air yg termulia di dunia ini. Dg penuh keinsafan, terbayanglah saat itu kesengsaraan Siti Hajar yg mencari air lantaran anaknya Nabi Ismail yg sedang kehausan. Seterusnya kami melaksanakan saie haji.
Berehat sebenar dengan Kit-Kat sewaktu melakukah ibadah saie. Mana ada kit-kat daa...

Berehat sekejap di Bukit Safa

Oleh kerana ini adalah pertama kali aku melakukan tawaf & saie yg memakan jarak lebih kurang 5km, maka pinggang, betis & tapak kakiku berdenyut kesakitan. Itulah, dulu ustaz suruh exercise jalan2 dlm kampung, tak nak... Kalau badan tak fit, memang naya la mula2 tu. Sementara menunggu waktu solat Zohor, aku berjalan2 mencari lokasi yg bertentangan dg 'pancur emas'. Di sinilah aku berjumpa dg Abe Zin (Jln Tegayong, Melor) & anaknya serta Pak Man yg jual surat khabar di Kedai Melor.
Pancur emas


HILANG
Bila tiba masanya nak balik ke hotel, aku tercari2 isteriku. Tah macam mana boleh terpisah tadi. Mungkin juga kerana dia terpaksa ke belakang untuk duduk bersama2 hujjaj wanita. Cari punya cari, tak jugak jumpa. Masa tu belum boleh call sbb belum beli simkad Arab Saudi. Aduuyai, last2 aku terpikir nak tunggu kat tempat kitorang janji tadi iaitu kat tangga tempat kitorang letak selipar. Dari tempat aku duduk tu, sebenarnya senang sangat kalau nak ke tempat selipar tu, tapi oleh karena (ehh, macam Indonesia pulak), oleh kerana belum biasa, ditambah pulak dg jemaah yg terlalu sesak, aku mengambil keputusan utk ke tempat tersebut melalui jalan luar. Aku pun keluar dari masjid. Dari situ pulalah aku tercari2 pintu tadi. Adoiii, lama juga aku tercari2, jauh sudah aku berjalan, pergi ke sana, patah balik ke sini, akhirnya sampai juga kat tempat selipar tu.

Bila tiba di tangga tu, aku jadi keliru kerana banyak pulak karung selipar yg sama (tajaan Bank Islam) yg diikat berdua2an di pagar tangga tu. Nak aku buka satu persatu? Isyy.. takkanlah macam tu sekali. Aku akhir sekali capat mengecam tempat di mana aku ikat selipar tu. Aku pun tunggu la kat situ dengan perasaan yg remuk redam, gundah gulana ibarat menunggu buah melaka yg tak gugur. Entah berapa lama agaknya aku menunggu kat situ dengan perasaan keluh kesah & resah gelisah krn bimbangkan keselamatan isteriku, akhirnya aku ternampak di sudut sana, isterik aku tgh tunggu aku kat tempat yg sama mcm tempat aku duduk tu. Adumakk, muka dia merah padam! Lepas dari itu, aku dpt tau kalau kat sana, jangan cakap TUNGGU di sini, tapi kena cakap JUMPA kat sini... oo macam tu ke? Dah terkena baru aku tau.    

Apa2pun, balik ke hotel hari tu, betisku menjadi keras & sakit. Aduuyai! Jenuh aku menggosok dg minyak Mestika agar otot2 yg tegang menjadi kendur. Apa2pun aku bersyukur kerana aku telah selesai melakukan 1 rukun haji iaitu bersaie. Itu dah kira advance berbanding mereka yg membuat haji tamattuk.

Minyak Mestika yg banyak berjasa

MARI BELAJAR BAHASA ARAB
1. rijal = lelaki
2. nisa' = perempuan
3. maktabah = perpustakaan
4. sullamun = tangga
5. tairan = burung

MARI BELAJAR BAHASA JAWA
1. berjalan = melaku
2. hadapan = ngarep
3. burung = manok


MARI BELAJAR BAHASA KELATE
1. labu betis = otot di belakang betis

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.