Saturday, January 23, 2010

(11) KEDAI2 DI MAKKAH

Di sepanjang jalan dari hotel ke masjid, atau jalan dari mana2 ke mana2pun, rasa2nya hampir semua kedai menjual barangan yg sama. Secara mudahnya, macam la kalau kita lalu Kg. Lepan Jenut, Manek Urai ataupun di Kijal, Terengganu kita akan dapati semua warung menjual lemang. Kalau kita lalu jalan Kuala Ping ke Kuala Berang, kebanyakan gerai jual cempedak. Dulu masa aku lalu jalan Banggol, PCB kebanyakannya menjual jagung. Dan kalau lalu jalan Rantau Panjang pula, kebanyakan bangsal menjual nanas. Tidak hairan la jugak kalau semua gerai di Sekinchan menjual mangga. Di Terengganu, kalau kita lalui Marang & Merang, semuanya menjual keropok lekor. Begitulah lebih kurang.

Di Mekah, bolehlah kita kategorikan kedai dia macam ni;
1) Kedai makan - menjual makanan spt. teh o, jus
2) Kedai kasut - menjual kasut, selipar, beg
3) Kedai pakaian - menjual pakaian spt. jubah
4) Kedai aneka - menjual barangan cenderamata
5) Kedai elektronik
6) Kedai karpet
7) Kedai buku & kaset/CD
8) Farmasi

TEH O 1 RIYAL
Kalau kita ke kedai makan, kita boleh minta air teh atau teh O dengan hrg RS1/cawan. Gelas polisterin kecil akan diisi dengan air panas yg menggelegak & dimasukkan teh uncang ke dalamnya. Kalau nak teh susu (syai ma'al halib) tak payah nak sebut halib2, cakap aje teh susu dia paham. Dulu aku ingat susu dalam Bahasa Arabnya laban. Rupa2nya laban tu susu masam. Aduuyai! Macam tu laa kalau belajar x habis.

Di sana jarang sekali, malah hampir tiada kedai yg jual air kopi. Kalau ada pun ia bukan kopi biasa tapi Nescafe. Macam aku penggemar kopi, memang tak jumpa kedai yang jual air kopi. Lebih malang lagi aku ni pulak memang tak minum Nescafe. Cuma ada laa sekali tu terjumpa kedai yg jual paket serbuk kopi segera 3+1. Aku cuma beli beberapa paket aje dengan niat lain kali nak datang lagi. Malangnya, bila ke sana lagi sekali, kopi bertulisan siam itu dah tak dijual lagi. Nasib baik kawan satu hotel dengan aku, Nik Yusri (kalau tak silap aku, dia ni pensyarah di UKM) menghadiahkan aku sepapan kopi Radix. (Syukran kathiira ya ustaz....) bukan kopi aje, paket susu kambing pun ada dia hadiahkan, alhamdulillah.

MOI ITU MUYAH
Kalau di kedai yg jual air tu, kalau kita nak air mineral, dia cakap 'moi'... aku kebingungan. Allahyarham Ustaz Yusoff Muda yg mengajar Bahasa Arab aku dulu (masa kat SMSK) kata, kalau air ma'un ataupun ma' (mim alif hamzah). Tapi kat sini lain pulak, moi... Sekali tu lalu laa sebuah lori air dpn aku, aku baca - 'al-muyah'. Rupa2nya perkataan moy tu dari perkataan moyah rupa2nya. Aduu fenin ana, feninn!

Ada sekali aku pergi kedai, aku tunjuk pd air buah2an dalam tin yg tersusun kat dlm peti ais, aku cakap moi! moi! Dia kebingungan sambil menghulurkan air mineral. Eh! Aku bukan nak air mineral. Aku tunjuk lagi pada air buah tu.... moy! moy! Dia dg muka yg agak geram, dia hulurkan air tu sambil menyebut dg kuat, 'jus!' Hahaa haaa ha haaa.. aku ingat semua air tu moy, rupanya kalau jus dia sebut jus jugak. Wakakaaa...

JUS
Seperkara nak bagitau, air jus di Mekah memang betul2 kaww! Kaw liau2... memang betul2 air jus. Memang betul2 diperah dari buahnya yg asli, bukannya air kimia macam kat tempat kita. Pensyarah Kimia aku kat OUM, Dr. Chan (bekas guru kimia aku masa kat SMSK dulu) kata, cuba awak pergi ke kilang air kotak laici. Cari kalau2 boleh jumpa sedikit kulit laici kat kilang tu. Memang takde punya... semua itu adalah air kimia. Itu di Malaysia. Kalau di sana, jus dia memang best. Cuma kalau kita ada penyakit gastrik tu, tak bolehlah nak minum selalu takut nanti pedih perut, susah pulak dibuatnya. Kalau yg ada dibetes tu lebih2 lagi laa sbb jus dia mmg manis tin! tin!... Tapi kalau setakat penyakit sawan ke, resdung ke, hantam sajalah!!!


KEDAI MAKAN
Foto di atas tu adalah deretan kedai yg paling hampir dg Masjidil Haram (utk aku & mereka yg yg nak balik ke hotel Janadriyah). Aku kalau balik dari Subuh di masjid, ataupun kalau aku keluar umrah pada awal pagi & selesai bersaie selepas Subuh, perut tentu lapar, kan? Kedai terdekat dg masjid (sehala dengan perjalanan balik ke hotel) ialah kedai donut, KFC, kedai kebab Turki &amp Restoran Maal.


DONUT & DUJJAJ KENTUCKY
Di kedai donut tu, yg ada cuma donut ajelah. Takde kuih ketayap, takde lepat pisang, malah sandwich pun takde. Hanya donut, sedonut2nya. Cuma ianya dipelbagaikan. Ada beraneka corak, saiz & warna, yg pasti, semuanya manis2 belaka. Opps, ada la jugak roti2, karipap & pastri tapi aku tak berapa 'doyan'.

Di KFCnya pulak, jgn laa pikir nak pilih dinner plate ke, family plate ke, apa ke... atau teringin nak makan coleslaw ke, garden salad ke, twister ke, cheezy wedges ke, zinger burger ke... dia takde semua tu. Takde pakej2 yg macam kat tempat kita. Yg ada cuma 1 pakej sahaja, iaitu 3 ketul ayam goreng. Itu aje. Harga dia RS15. Namun..... YANG PALING AKU MINAT SEKALI, tak lain dan tak bukan nun kat bawah nun.... kebab Turki;


SYAWURMA
Di kedai kebab Turki ni (dan di restoran2 lain pun), kalau nak beli apa2 makanan kita kena tahu nama makanan tu dulu. Ingat apa benda yg kita nak makan, kemudian pergi ke kaunter bayaran, cakap apa yg kita nak, bayar, ambil resit, barulah serahkan resit di kaunter makanan. Kalau nak kebab ayam, cakap 'shawurma dajaj', kalau nak daging punya, cakap 'shawurma laham'. Kalau nak pizza, cakap 'Melayu'. Hah? Kalau nak pizza cakap Melayu? Iye, kalau nak pizza cakap Melayu je, diorang paham laa.... cakap aje nak pizza. Begitu juga di Restoran Maal. Ada nasik mandi. Dan yg pasti, kat situ kebab dia lagi sedap rupa2nya. Org rumah aku dah naik muak sbb hari2 aku beli kebab utk sarapan. Harga dia RS4 je. Air teh RS1. Jadi, utk sarapan aje, kitorang kena belanja 10 riyal utk 2 org.

NASIK PUN ADA
Kalau kita ke kedai makan yg lain, kita boleh order nasik Bukhari dg harga RS10 sebungkus. Kita org Malaysia ni tak payahlah order sorang satu. Order 1 aje utk 2 org. Nasik dia banyak, ayam pun besar. Kita cuma mintak pinggan lebih aje utk kongsi nasik tu. 1 hidangan tu cukup2 utk 2 org. Kalau nak beli ayam golek pun ada. Seekor RS14. Kalau nak sebelah, RS7. Boleh bawak balik utk dimakan bersama nasi yg dibekalkan kpd kita. Elok sgt laa bagi mereka yg dah tak lalu nak makan lauk yg sama yg dibekalkan setiap hari, ataupun utk menggantikan lauk yg kita tak boleh makan. Contohnya, kalau pesakit gout & hypertension, pastinya x boleh makan daging. Ataupun kalau gout & diabetes, tentunya tak boleh makan sotong. Jadi, ada laa jugak lauk alternatif pd hari itu.

KEDAI SERBANEKA
Berbalik pd kedai tadi, kalau kedai kasut biasanya dia tak campur aduk dg barang2 lain. Kalau ada pun, cuma beg saja. Begitu juga di kedai pakaian & kedai karpet. Kedai elektronik biasanya dia jual handphone, mesin potong rambut, radio, kamera, handycam, jam tangan, malah buah tasbih & batu permata pun ada. Tapi kalau kedai aneka tu, memang beraneka barang sungguh. Kedai inilah yg paling banyak sekali kat sana. Dari kedai ke kedai, barangan yg dijual hampir samaaaaaa saja. Ada buah tasbih, minyak attar (attar 'Alf-Zahra' atau 'Seribu Bunga' memang susah nak ditemui), ada lubaneh, ada murhabashi, ada kopiah, ada pisau, ada jam, ada selipar, beg & serba 'maknika'.

Walau apapun, di semua kedai, harga yang diletak oleh penjual amat tinggi. Katakan sehelai baju jubah diletak dengan harga RS60, saya pernah beli dengan harga RS35, manakala yg berharga RS50, boleh dapat dg harga RS25. Tapi semuanya nak kena pandai tawar-menawar. Dia jek kita, kita jek dia balik. 95% yg menjual di sana adalah Bangladesh. Kita lalu aje, dia akan tanya Malaysia, Indonesia? Bila kita jawab Malaysia, dia akan kata Malaysia bagussss...! Mari masuk2, murah2, liyat2 (lihat2), tenggok2 (tengok2). Kadang2 mereka gunakan pertanyaan yg salah. Bila kita sampai di kedai dia, dia kata, "Yaa, apa lagi?" Kita tertanya2, apa laginya pulak, aku beli pun belum dah nak tanya apa lagi... Hahahaaa....

TAWAR-MENAWAR ITU MESTI
Kalau nak tawar-menawar ada caranya. Katakan harga sebuah beg itu RS75. Kita tanya, 30 riyal halal? Dia akan kata 50 riyal halal. Kita tanya lagi, wahid kalimah 35 riyal, halal? Dia kata, 35 haram! Kita pun buat la muka sikit sambil berlalu. 2-3 langkah aje kita keluar, dia akan panggil balik, "Tuan! Tuan! Halal!" So kita kena laa patah balik & beli mengikut harga yg kita tawar tadi. Saya pernah ajar seorang jemaah dari Jawa Barat ttg cara2 nak tawar-menawar ni sbb saya tgok mcm dia nak sangat barang tu. Saya kata, "Ditinggal lungo disek..." Saya tak berani cakap Melayu kerana pekedai tu paham. Indon tu buat2 pergi macam yg saya ajar. Lepas tu saya x ingat sama ada pekedai tu panggil balik atau tidak, heheee....

Kalau haji dari Jawa Timur, diorang tak tahu cakap jawa. Diorang tu orang Sunda. Kalau dari Jawa Barat pulak, itu Madhura, pun tak tau cakap Jawa. Kalau orang Solo, sesetengahnya boleh ngomomng Jowo. Kalau Jawa Tengah baru laa diorang ni Jawa betul. Loh! Kok kayak gitu. Aku ingat semua yg dari pulau Jawa tu Jowo!

Cumanya semasa tawar-menawar tu, kalau nak tawar banyak2 lebih baik buat masa pelanggan2 lain takde. Silap2 jadi macam yg pernah terjadi kpd bbrp org kawan aku (aku x pernah). Mereka siap kena halau lagi sbb tawar banyak2 kat depan2 pelanggan lain. Mereka taknak diorang ni spoil perniagaan mereka. Kalau takde org lain boleh laa....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.