Tuesday, January 19, 2010

(8) DI HOTEL

Setelah 8 jam terbang meredah langit biru membelah awan kumulus & nimbus, akhirnya pesawat mula 'merendah diri'. Walaupun jam sudah menunjukkan jam 5 suku waktu Arab Saudi, namun keadaan di bawah sudahpun gelap. Dari tingkap pesawat dapat aku perhatikan lampu2 yg bergemerlapan di Kota Jeddah. Setelah turun, kami sempat berehat sebentar di suatu ruang. Kami mengambil kesempatan itu untuk menunaikan solat secara jamak taakhir kerana waktu Maghrib di sana masuk pada pukul 05:45pm. Kemudian kami diminta turun sambil memegang pasport masing2 untuk diperiksa dokumen perjalanan dan visa haji, seterusnya ke kaunter yg berikut utk dicop pasport. Akhir sekali kami dibawa keluar untuk menaiki bas. Aku & isteri menaiki bas no. 4. Dalam perjalanan, kami dibekalkan dengan sebungkus nasi beriyani, sebotol air zam2 & bbrp jenis makanan ringan. Perjalanan dari Jeddah ke Kota Mekah dirasakan agak lama sedangkan jaraknya lebih kurang 80km shj.

JANADRIYAH
Aku & isteri ditempatkan di tingkat 11 Hotel Abraj al-Janadriyah bersama 6800 hujjaj yang lain. Hotel ini terletak kira2 760m dari Masjidil Haram & merupakan tempat di mana Ibu Pejabat Tabung Haji ditempatkan. Aku di bilik 1159 manakala org rumah aku di sebelah, 1160. Setiap bilik dihuni oleh 6 hujjaj. Bersama2 aku di bilik itu ialah Cgu Rashid (Tumpat), Cgu Mat Omar (Kuale Ganu), Cgu Din (Kuale Ganu), Abg Jak (Dungun) & Dr Yunus (Batu Pahat). Ini adalah haji kali kedua buat Cgu Din & Dr Yunus. Sebilik dg org rumah aku pula ialah Kak Yah (isteri Cgu Rashid) & 4 lagi dari Sabah.
Dr Yunus sedang memberi kursus dalaman kepada Cgu Shid cara2 mengambil gambar 'movie' menggunakan kamera yg baru dibeli

Inilah gambar Pok Jak (Abd. Razak @ Yahya), steady aje dlm pakaian ihramnya

BILIK HOTEL
Biliknya alhamdulillah, sangat selesa. Sajian makanan disediakan untuk makan tghari & malam. Kalau hujjaj yg pergi secara pakej, hidangan disediakan secara buffet. Kami pula, geng budak2 Petani datang bawa troli besar siap dengan makanan dlm tray berbungkus aluminium. Kemudian, mereka masukkan dlm mesin pemanas yg mereka letak di setiap aras hotel. Pastu, wakil setiap bilik akan datang untuk mengambil makanan, minuman & buah mengikut bilangan ahli bilik. Biasanya pasangan hujjaj yg agak masih muda tu, mereka akan makan bersama2 di atas tikar yg dibentang kat depan bilik. Bagi pasangan yang dah agak veterinar tu, maksud aku veteran sikit tu, mungkin diorang segan kot, so masing2 makan kat bilik masing2 laa.
Inilah bilik kami. Gambar dapur & tandas pun letak jugak - lantak....

Ini laa katil aku, heheee....

Pemandangan di belakang hotel dilihat dari tingkap bilik kami... kira2 bilik kami ni hillview laa gitu

MAKAN
Utk sarapan pagi, kami yg pergi secara muassasah bolehlah membeli sendiri di tepi2 jalan. Walau bagaimanapun, setiap hujjaj dibekalkan dg set sarapan berupa uncang teh, krimer, gula, dsb utk kegunaan sepanjang berada di Mekah. Ada pemanas air disediakan di bilik. Bagi mereka yg mengikuti pakej haji, sarapan disediakan utk mereka. Sebenarnya banyak juga warung atau perseorangan yang menjual makanan pagi di tepi2 jalan. Harga tak kira apa jenis, RS2 sebungkus sama ada nasik goreng, nasik lemak, nasik kerabu, laksam, mihun. Kdg2 dijual dg hrg RM5 utk 3 bungkus. Kuantitinya memang tak banyak laa... kira 1/3 drp yg kat tempat kita. Rasanya pun ala2 kadar je lah. Walau apapun, redha & kira sedap aje lah. Jgn nak byk songeh.

Makan depan bilik boleh menambahkan lagi kemesraan suami isteri setelah penat mengerjakan umrah ataupun selepas balik dari masjid

Utk menambah perisa dlm makanan, kita boleh la beli kicap & sos di sana. Harus diingat, kalau kita betul2 suka makanan ditambah dg sos cili, bawa aje dari Malaysia. Rasa sos cilinya tak sama dengan tempat kita. Rasanya masam + pedas sikit. Kalau sos tomato dia, baru ada ala2 sos cili kita, ada rasa manis2 sikit. Kpd penggemar kicap masin, kat sana takde kicap masin, aku x jumpa pun. Walau apapun, dinasihatkan la juga bawa bekalan spt berikut;
1) Sambal daging atau sambal ikan (serunding),
2) Sambal tempe (digoreng bersama tauhu, ikan bilis & kacang tanah),
3) Sambal garam,
4) Sambal tumis,
5) Ikan kering.

Ikan kering tu sebaik2nya ikan tamban kecik yg mcm ikan bilis tu. Goreng di rumah dan bungkus dlm paket yg kecik2. Kalau letak dlm paket besar, sekali buka yg lain2 akan lemau/liut/amem. Jadi kalau dlm paket kecik, sekali buka utk 2-3x makan. Dah habis yg tu baru bukak yg lain pula. Kalau nak bawak sambal tu memang kena bungkus dg hati2 takut terbukak habis kena kain baju.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.