Monday, January 18, 2010

(7) BARU KUTAHU......

BAGASI
Kepada sahabat handai yg akan ke Mekah nanti,  memang tak boleh nak sangkal lagi bahawasanya beg beroda itu sangat penting. Terima kasih banyak2 kepada pencipta beg beroda (aku pasti John Boyd Dunlop tak terlibat dalam hal ni). Walau secantik manapun beg anda, siapalah ia tanpa roda. Bayangkan nak tarik beg yang berat di Kelana Jaya, di KLIA, di lapangan terbang Jedah atau Madinah.

Kita tak perlu membeli beg-beg lain kerana Tabung Haji telah menyediakan 2 jenis beg iaitu beg beroda (diberi di Pejabat Tabung Haji berdekatan) dan beg sandang (diberi semasa berada di Kelana Jaya). Kedua2 beg ini boleh dibawa naik bersama kita. Walau bagaimanapun, jangan sekali2 mengisi beg2 ini dengan senjata tajam dan air. Malah, kadang2 ubat gigi juga akan dirampas semasa pemeriksaan mesin pengimbas kerana apa2 yang boleh dicalit seperti belacan pun termasuk dalam kategori cecair. Air minuman juga tidak dibenarkan kita bawa naik bersama penumpang. Kalau ada kita bawa air Yasin ke, gunting untuk bertahallul ke, masukkan dalam beg besar (bagasi). Jadi, beg beroda Tabung Haji tu bolehlah kita isi dengan pakaian solat, buku2 atau Quran kecil dan jangan lupa, kamera. Beg sandang yang kita selalu sangkut pada tengkuk tu pula kita isikan dengan pasport, buku kesihatan dsb. Bila dikenang kembali, kelakar juga aku tengok orang rumah aku terkebil2 nak habiskan air yasin yang dibawa kerana petugas airport dah arahkan agar botol air tersebut dibuang dalam tong sampah.

Seperkara lagi mengenai beg, kalau aku berpeluang ke Mekah lagi sekali, aku akan bawa beg yang sederhana besar aje. Isikan perkara-perkara penting yang dan selebihnya beli di sana. Semasa di sana, beg itu aku akan isikan dengan barangan2 yang dibeli (sebagai cenderahati buat sahabat handai di tanah air) & beg itu kemudiannya akan dipos ke tanah air. Ada beberapa syarikat yang memberi perkhidmatan penghantaran barang ke tanah air. Jika menggunakan perkhidmatan City Link, biasanya caj yang dikenakan lebih kurang RS15/kg. Tapi jangan pula pos buah kurma. Itu tak praktikel kerana ia terlalu berat.

PAKAIAN
Pada pendapat aku, kita tak perlu bawa banyak pakaian untuk dipakai di sana. Sepasang pakaian yang kita pakai tahan untuk 3 atau 4 hari kerana di sana baju kita tidak berbau busuk. Kalau kotor sekalipun, jika dibasuh dan dijemur (biasanya di bumbung hotel), ianya akan kering dalam tempoh masa yang singkat kerana udaranya yang kering. Malah, kalau malas membasuh, perkhidmatan dobi ada disediakan di lobi hotel. Tapi bayarannya agak mahal sedikit. Kalau di Mekah, biasanya setiap helai pakaian dicaj sebanyak RS5 tapi kalau di Madinah ia dicaj mengikut jenis pakaian. Kalau setakat seluar jerut getah tu dalam RS3 aje.

Inilah pemandangan di bumbung hotel tempat kami menjemur pakaian. Kelihatan cuaca agak redup dan keadaan sekitar agak lembap dan tiada kain di jemuran kerana baru lepas hujan (pada hari keberangkatan ke Arafah). Masa ni hero pun ada  turut membantu heroin mengangkat kain di jemuran. Hero berpakain kain pelikat yg digunting & tak pakai baju sbb masih dalam ihram,  Kain pelikat yang aku pakai itu tidak berjahit/bercantum. Terpaksalah aku korbankan sehelai kain pelikat yang masih baru untuk kegunaan dalam ihram.

Jadi, kalau kita tak nak bawa pakaian banyak2, kalau orang lelaki, bawa sepasang aje kain pelikat dan baju melayu. Di sana, kita boleh beli jubah dengan harga yang sangat murah. Kalau di Mekah, dalam RS25 tapi kalau di Mina, hanya dalam RS10 pun boleh dapat daripada penjual berbangsa Melayu Pattani yang berbahasa hampir sama dengan oghe Kelate. Lagipun semasa berada di sana, kita lebih selesa berjubah berbanding memakai kain pelikat. Cuma, kalau nak beli lebih sikit pun mungkin t-shirt pagoda. Baju ni kita pakai di dalam semasa memakai jubah. Baju ni jugak kita pakai semasa berlenggeng di hotel. Biasanya baju ni ada poket di bahagian depan, macam poket kanggaru tu. Beli dalam 4 lai pun takpe, baru RM40.

SELUAR & KASUT
Lagi satu, pada akulah, seluar panjang (slack) dan kasut tak payah bawa langsung pun tak apa kerana kita tiada masa untuk memakainya. Kita boleh beli seluar panjang putih untuk dipakai bersama jubah. Percaya atau tidak, seluar tersebut boleh diperolehi dengan harga serendah RS3-RS5 sahaja di Mina atau RS10 (10 riyal)di Mekah. Di sana kita hanya pakai jubah & seluar putih untuk ke masjid, pakaian ihram semasa haji dan umrah, dan berkain pelikat dengan t-shirt semasa di hotel. Jadi, seluar panjang lengkap bertali pinggang tu tak payah bawalah aku rasa. Begitu juga dengan kasut. Aku hari tu pakai kasut sekaliiii aje, itupun semasa perjalanan (penerbangan) balik ke tanah air.

Kain ihram walaupun kita bawa 2 pasang, tetapi apabila selesai kerja-kerja haji, poskanlah sepasang manakala sepasang lagi tinggal untuk buat umrah. Ini kerana kain ihram yang tebal memakan ruang yang banyak di dalam beg kita. Jika ianya dihantar pulang, ruang tersebut boleh kita gunakan untuk mengisi lebih banyak barangan2 lain.

PERALATAN LAIN
Kamera amat penting untuk kita abadikan gambar2 di sana. Gambar2 tersebut bukanlah bertujuan untuk menunjuk2 sebaliknya memberi pengetahuan kepada mereka yang ingin tahu - misalnya gambar jamrah, suq tumur (pasar tamar), jabal rahmah, Makam Ibrahim, Hijir Ismail, Masjid Kuba', Masjid Qiblatain, dsb. Selain itu, diharapkan gambar2 tersebut dapat memberikan pengetahuan baru kepada bakal2 haji lain di samping menarik minat yang lain untuk ke sana. Jika boleh, sebaik2nya gunakanlah kamera yang menggunakan bateri yang boleh dicaj menggunakan elektrik.

Di dalam senarai keperluan, kita juga perlu membawa lampu suluh. Aku tak pasti sangat bila kita memerlukannya kerana sepanjang berada di sana, aku jarang sekali guna. Kalau adapun semasa berada di Arafah iaitu semasa hendak ke bilik air. Lampu suluh pun aku guna yang boleh dicaj elektrik.

Lain-lain keperluan seperti uncang batu & uncang selipar, malah berus & ubat gigi, kita tak perlu beli kerana ianya telah dibekalkan oleh pihak swasta melalui Tabung Haji.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.