Thursday, January 14, 2010

(2) BERANGKAT DARI NEWCASTLE

Hari2 yg sgt sibuk telah dilalui. Dlmasa 2 minggu rumah aku tak putus2 dikunjungi sahabat handai, saudara mara & org2 kampung. Mrk dtg bertemu mata & mendoakan agar kami berdua sihat sentiasa semasa berada di sana serta dpt melaksanakan ibadah dg sempurna. Ada juga yg mengirim doa utk aku kami panjatkan kpd Allah semasa berada di hadapan kaabah, di Hijir Ismail ataupun di Raudhah. Ada yg mengirimkan salam utk disampaikan sewaktu menziarahi makam Rasul. Ada juga yg mengirim agar dibelikan minyak kibas & buah hawa (buah zuriat). Walau apapun, setiap mrk yg dtg turut menghulurkan sumbangan wang.

Kalau nak dikira, mmg aku x sanggup, x sampai hati utk menerima wang drp mrk. Tapi mrk kata, terimalah.... kami nak ke sana, belum mampu. Sekurang-kurangnya biarlah wang kami digunakan di sana, sekurang-kurangnya dpt tumpang berkat. Aku jadi serba salah juga, lebih2 lagi ada di antara mrk itu dari golongan yg kurang mampu, tp bila difikirkan harapan mrk, aku terpaksa terima. Tradisi ini telah menjadi amalan bagi penduduk tempat kita sejak dahulu kala lagi, sebagaimana menghulur sumbangan apb ada kematian, kelahiran, ziarah org sakit, dsb (sumbangan yg diterima drp rakan2 guru di sekolah, org2 kampung, sahabat handai & saudara mara mmg banyak hinggakan aku terpaksa berulang ke Tabung Haji sebanyak 2x untuk menyimpannya. Wang mrk ini aku gunakan di Mekah. Aku juga belikan al-Quran atas nama mereka yg menyumbang & mewakafkannya kpd Masjidil Haram).

Sehari sebelum keberangkatan, aku adakan 1 majlis kecil. Aku menjemput Ust Nordin (imam Masjid Seterpa), Ust Zulhilmi, Wan Hamat (bilal) & bbrp org rakan masjid utk mengadakan solat hajat. Selesai makan, diadakan pula majlis khatam al-Quran utk anak aku yg. no. 4, Nik Abdul Hafeez (8 tahun) & yg. no. 5, Nik Abdul Qayyum (6 tahun). Majlis disempurnakan oleh rakan-rakan dari SK Sri Melor dg diketuai oleh Ust Kamaruzaman (lebih dikenali sbg Ust Man Lipat semasa menuntut di Mesir dulu), Cgu Zul Junoh, Cgu Wan Abdullah serta anak sulungku yg menuntut di Maahad Tahfiz Sains.
Besoknya, Sabtu 14/11/09, aku memulakan perjalanan bersama isteri & 5 org anak (2 org lagi iaitu yang sulung, Nik Abdul Hakeem & yang no. 2, Nik Abdul Adzeem terpaksa aku tinggalkan di Kelantan kerana seorang akan menduduki PMR manakala yang sorang lagi sedang menunggu result UPSR, seterusnya terpaksa pula menguruskan permohonan ke sekolah menengah (sama ada untuk menghadiri ujuan bertulis ataupun temuduga). Aku tak bercadang untuk menghantarnya ke sekolah berasrama penuh kerana aku sendiri dah ada pengalaman di asrama. Aku kira anak aku yang banyak main & agak malas belajar tak sesuai belajar di sana. Macam aku dululah. Kalau di rumah, sekurang2nya aku dapat memantau perkembangan pembelajarannya. Kalau lemah aku boleh hantar tuisyen. Aku juga tak bercadang menghantarnya ke Maahad Tahfiz Sains sebagaimana abangnya kerana kurang berkemampuan. Cukuplah untuk memohon ke Maahad Muhammad (L) dan SMKA Melor sahaja. Itupun jika dia dapat 5A.

Aku meneruskan perjalanan melalui Machang-Jeli-Greek-K.Kangsar-Tg.Belanja-Kg.Gajah-T.Intan-Hutan Melintang-Sabak Bernam. Besoknya, aku mengambil kesempatan 1 hari untuk keluar ke pekan Sg.Besar sebagai persiapan terakhir untuk meninjau apa-apa keperluan yang masih perlu dibawa.

 (bersambung

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.