Thursday, January 14, 2010

(4) KLIA

Mlm tu aku x dpt tidur. Aku x dpt nak fikir apa2. Dan awal2 lagi aku dah bangun. Setelah bersiap2 & mendirikan solat musafir, kami punbertolak dg kereta aku. Turut serta, birasku Shahrul Azman & Abg Aris, mertuaku & anak-anak saudaraku. Aku tak nak kejutkan pun anak2 aku semasa aku berangkat - Abdul Muaeez, Abdul Hafeez, Abdul Qayyum, Aida Surayya & Aneesa Safiyya. Aku x nak diorang nangis. Aku jgk x sampai hati nak tgok isteri aku menangis.... dan aku lebih x sanggup nak tgok aku sendiri yg menangis.

Kami berhenti solat Subuh di masjid Sekinchan. Turut sama menyusuli di belakang kami ialah biras aku, Zulhakim sekereta membawa kakak iparku yg sulung, Kak Noor. Tiba di Meru, aku berhenti di petrol pum untuk mengisi minyak dan tukar drebar. Kali ni Shahrul yg bawak krn aku x brp biasa dg jln di sana. Tiba di Kelana Jaya, org ramai sudahpun ramai (aikk? betul ke ayat aku ni?). Setelah mengambil tempat di sebuah khemah & menurunkan 2 bagasi, kami ke kaunter utk mengambil pasport, beg sandang dsb.

Setelah selesai, aku naik ke tingkat 1 musalla utk memakai ihram. Sewaktu nak naik tangga itu, dtg pula seorg kwn lama yg sama2 belajar di sekolah menengah dulu iaitu Zamri aka Zack. Dia menemai aku ke musalla. Kekok pulak nak pakai ihram ni padahal dah berkali2 berlatih masa kursus dulu. Aku tengok, Zamri mcm lebih terror dari aku. Dia yg banyak ajar aku pula, bagi arahan itu & ini.

Setelah tiba masanya, aku & isteri diminta masuk ke suatu ruangan dg membawa bagasi masing2. Pd waktu itulah aku ternampak kelibat seseorg yg aku kenali. Ehh, bukan seorang tapi bertiga. Mrk ialah saudaraku anak arwah Maknik Teh iaitu Alang, Bibik & suami. Pd waktu itu, sudahlah aku rasa sayu utk meninggalkan famili, tiba2 mrk pula dtg tanpa disangka membuatkan aku lebih terharu. Tak caya, hayatilah lagu Terharu nyanyian kumpulan Sweet Charity. Apa lagi, aku meninggalkan beg dan mendapatkan mereka dan berhamburanlah keluar air mata sewaktu kami bersalaman & berpelukan. Namun demi masa yang tidak mengizinkan, maka kami tak dpt nak berlama2 di situ kerana aku terpaksa masuk. Sebelum menaiki bas, kami sempat solat jamak taqdim di suatu ruangan di situ. Tak lama kemudian, kami diarahkan menaiki bas yang telah berbaris di situ. Kesemuanya 10 buah. Perjalanan kami dari Kelana Jaya ke KLIA diiringi oleh pasukan polis trafik. Waktu ini kami dapat merasakan yang pihak kerajaan begitu merai dan memuliakan para tetamu Allah ini hinggakan perjalanan kami diiring & dikawal begitu sekali.



(bersambung)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.