Sunday, January 17, 2010

(5) NAIK KAPAL TERBANG

KALI PERTAMA
Percaya atau tidak, setelah 42 tahun aku dilahirkan di muka bumi, inilah kali pertama aku akan naik kapal terbang. Kalau korang nak gelak pun aku x kisah. Tapi itulah realitinya. Selain drp pertama kali akan menjejakkan kaki ke Tanah Suci, ini juga pertama kali aku & isteri menaiki pesawat yg akan terbang tinggi di langit biru membelah awan kumulus & nimbus. Jadi, tak lama lagi aku akan menempuh dua pengalaman baru serentak.

ATAS KE DALAM?
Bagi mengelakkan drp perkara2 yg x diingini berlaku, aku cukup berhati2 menjamah makanan sehari dua sebelum berangkat. Aku khuatir kalau2 aku sakit perut semasa berada DALAM kapal terbang. Ingat tu, dalam kapal terbang, bukan atas kapal terbang. Sebab kalau kita duduk ATAS kapal terbang, pasti kita akan jatuh tak lama selepas kapal terbang berlepas krn tiupan angin yg sgt kuat. Sama la jugak macam ada org kata dia buang air ATAS bas, makan ATAS kereta... salah tu. Korang bayangkan laa ada org buang air kat atas bas. Tak malu ke? Semua org nampak, kan? Ataupun, kita sekeluarga makan atas kereta, tak ke pelik tu? Ini sama lebih kurang dengan ungkapan sembahyang TENGAH jalan. Kan ada org sebut, masa pergi KL, aku solat jamak Zohor dg Asar kat tengah jalan..... hui, ngeri aku membayangkan lori balak lalu masa diorang solat tengah jalan . Tapi memang ada yg makan ATAS kereta, tapi bukan manusia laa. Nun, kat Taman  Teruntum di Kuantan atau di Botannical Garden, Penang. Heheee sori laa, terloyar buruk sikit. Sikiit je!!!

Tapi hakikatnya begitulah, sebelum menaiki kapal terbang, 2-3 hari sebelum tu aku nasihatkan korang jauhilah makanan2 pedas, berempah dsb. macam tomyam, masak lemak cili api atau kari. Sikap berhati2 aku ni mmg berbaloi. Pasal apa tau? Setelah menaiki pesawat (sepatutnya memasuki pesawat, laa kan?) ada sekali aku pergi ke tandas. Takde laa terasa nak buang air sgt tapi sekadar utk meninjau2.

BILIK AIR DALAM PESAWAT
Melihat kpd saiz bilik airnya, aku tiba2 terasa ngeri membayangkan kalau aku sakit perut atau tercirit-birit. Sudahlah ruangannya amat sendat utk org yg sama waktu dg saiz badan aku ni utk duduk di mangkuk tandas, pulak tu masalah lagi semasa nak membasuh (cebok) dg pilinya yg macam tu, dg sempitnya. Isyyyy!!! Apa2 pun aku tak nak fikir byk2 ttg hal ini, krn semuanya sudah kulalui dg selamat. Tapi aku agak takjub semasa aku 'flush' tandas tu. Laju je air tu keluar berdessup hilang tah kemana. Laju sungguh, siap dg bunyinya tu... fuhh, dahsyat! Aku agak laa, air yg kita buang tu dia tak simpan kat mana2 bahagian lagi dah, membebankan pesawat aje. Aku rasa dia terus buang ke luar & hilang berterbangan di udara... Hihihiii... seronok jugak membayangkan benda2 yg tak terfikir oleh org lain nih!

TRAGEDI TALI PINGGANG
Sesetengah bakal haji menaiki pesawat Arab Saudi, tapi kami menaiki pesawat Mas. Seronok ada, berdebar pun ada menunggu saat2 pesawat mula bergerak. Apabila penumpang diminta memakai tali pinggang keledar, aku terkial2 mencari tali pinggang. Maklumlah, seat kapal terbang bagi orang lain dah cukup selesa dah. Tapi bagi aku yg bersaiz 5XL ni, paham2 je lah. Tali pinggang yg terselit antara penghadang tempat duduk dengan badan aku berjaya dikeluarkan dengan segala susah payahnya. Demi menyahut arahan kapten kapal, aku segera menarik & menarik & menarik tali pinggang itu utk di'klik'kan pd pasangannya di sebelah kiri. Tarik punya tarik, tarik punya tarik, akhirnya aku sedar yg panjang tali itu hanya setakat itu sahaja. Tak boleh nak ditarik lagi. Apa maknanya tu? Apa maknanya tuuuu???? 

Maknanya, pesawat tersebut telah berlepas dg salah seorang penumpangnya tak pakai tali pinggang keledar! Itu satu kegagalan bagi bagi pihak Mas. Bagi pihak aku pula, aku telah berjaya melepasi saat2 kapal terbang berlepas tanpa memakai tali pinggang pun, dan tanpa rasa takut pun. Kejayaan itu tidak dirasai oleh orang lain. Hanya aku sahaja yang seronok sendiri. Bini aku pun tak sedar. Orang lain apa lagi. Takkan aku nak heboh pula, malulah aku. Tak macho laa kalau aku mengadu hal itu kepada pramugari, kann? Kalau mengadu pun, bukannya dia boleh sediakan tali yg lain pun utk aku. Heheee...

Sekarang baru aku perasan. Sewaktu aku pergi dan balik, pramugari akan berjalan dari depan ke belakang mengulangi amaran supaya pakai tali pinggang sambil menoleh kpd penumpang sebelah kiri & kanannya. Tapi bila sampai tempat aku, cepat2 dia toleh ke sebelah sana. Dia tak bagi amaran pun pada aku. Aku mula2 tak kisah jugak. Tapi kalau dah 2-3x macam tu, akhirnya aku insaf. Maknanya dia dah memang sedia maklum yg org2 yg mcm aku ni memang tak boleh pakai punyalah tali pinggang tu. Jadi, bila sampai kat tempat aku, bagi amaran pun tak guna. So, cepat2 dia toleh ke tempat lain. Dia pun takut penumpang komplen, nanti apa dia nak jawab? (Kpd mana2 pramugari yg terbaca blog aku ni, aku nak tanya, betul tak firasat aku tu?


SAYU
Berbalik kpd kapal terbang tadi tu, pengalaman pertama merasakan kapal terbang memecut di landasan untuk mendapatkan kelajuan yg cukup utk terbang. Kalau aku terror Fizik, harus aku explain bab ni dari kaedah Fizik pula, tapi aku lemah laa. Tah mcmana boleh lulus masa kat OUM dulu pun tak taulah. Sewaktu kapal terbang mula berlepas, kami tiba2 menjadi sayu. Orang rumah aku banyak termenung. Aku tahu dia teringatkan anak2 terutama sekali yg bongsu yang masih menyusu susu dada. Aku pula teringatkan Mami & Papa aku yg sepatutnya terbang sama pd hari itu tapi atas sbb2 yg telah ditentukan oleh-Nya maka hanya aku & isteri shj yg pergi. Sayu.... namun apakan daya, demi menyahut seruan ke Baitullah kami redhai jua. Waktu itu kami lebih banyak memandang ke luar, melihat pemandangan di bumi yg semakin jauh kami tinggalkan, yg semakin mengecil pd penglihatan kami, yg kemudiannya semakin kabur & hilang dilindungi awan.

AIR KOTAK RUPANYA
Perasaan sayu kami terubat tiba2... Seorang pramugari dtg membawa minuman. "Encik nak minum apa? Milo ke, teh ke, soya?" Heheee, aku mula2 tu takjub jugak kerana dalam ruangan yg sesempit itu, dlm masa yg sesingkat itu, diorang sempat pulak nak bancuh teh ke, milo ke. Tapi rupa2nya minuman itu dituang drp air kotak aje, alaa yg selalu kita beli kat kedai tu. Namun bagi aku ianya spesial sgt2 walaupun air soyanya drp air soya dlm kotak, air Milo pun drp air kotak jugak. Apa2 pun, aku rasa seolah2 air tu mcm lebih sedap drp air kotak yg kita biasa beli tu. Padahal bendanya sama aje. Heheee... belum pun habis air Milo aku minum, pramugari dtg lagi nak pungut gelas yg telah digunakan. Rupa2nya dia nak hidangkan makanan tengah hari pula. Uii, kalau mcm ni, terbang 24 jam pun takpe. Heheee....

(bersambung)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.