Wednesday, February 17, 2010

CALLING-CALLING

Semasa berada di Arafah, aku masih boleh menghubungi anak2 di kampung. Tapi bila tiba di Mina, kedua2 'henset' aku dah habis bateri. Org rumah aku punya pun habis bateri jgk. Di Arafah & Mina takde tempat utk kita recharge handphone kita. Kalau di Arafah lagi laa...

Tapi ada jgk jemaah yg kreatif lagi inovatif. Diorang cabut plug aircond lalu diorang cucuk charger diorang kat situ. Plug aircond kalau x silap dlm 1 khemah tu ada 2 je rasanya. Yg bawak charger pun x ramai. So masing2 tunggu giliran utk charge hphone masing2.


Di Mekah & Madinah, perhubungan telefon amat mustahak. Selain utk bertanya khabar sanak saudara di Malaysia, kita juga senang utk berhubung dg org rumah kita. Contohnya, kalau kita nak keluar ke masjid sama2, atau nak bertolak ke Tanaiem, kita call supaya dpt keluar sama2. Ataupun kalau dah terpisah dlm masjid, handphone dpt membantu.


Di sana, ada bbrp syarikat telekomunikasi yg menyediakan perkhidmatan. Bila kita sampai aje di hotel, mat2 Bangla ataupun anak2 Melayu Pattani akan dtg bertanya kalau2 kita nak beli simkad. Antara yg tersohor ialah Sawa, Zain & Mobilly. Kadar call ke Malaysia dari Mekah lebih kurang RS2.00/minit. Kalau msg pulak RS0.45/sms. Tapi kalau sanak sedara dari Malaysia kirim msg ke Mekah, murah aje, cuma RM0.20/sms.


Ada lagi 1 iaitu Celcom Pakej Haji yg mana kita boleh beli semasa kita masih di tanah air sama ada semasa Kursus Perdana ataupun semasa berada di Kelana Jaya sewaktu kita dah nak berangkat. Panggilan murah je, tapi ikut masa yg ditetapkan. Dari waktu sekian2 murah, waktu sekian2 pulak hrg caj mcm biasa.




Lagi 1, nama dia iTalk. Beli aje kad ikut hrg yg tertera, gores & call. Kalau yg ni mmg murah, cumah RM1.00/minit. Cuma masalahnya, kalau di Mekah, xde telefon dlm bilik hotel. Terpaksa la guna bilik yg disediakan di tingkat bawah hotel utk membuat call. Berbaris pjg laa masing2 menunggu giliran dg memegang kad iTalk tu. Tapi itulah, ia cuma boleh guna telefon tetap, maknanya xboleh laa nak hantar sms. Tapi kalau di Madinah senang. Tiap2 bilik ada telefon. So boleh buat call dari bilik masing2.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.