Wednesday, February 10, 2010

(17) 4 Hari Berturut2

Bergunting (bertahallul) hanya dilakukan selepas melontar pd hari nahar (10 Zulhijjah) shj manakala pd hari tasyrik, bagi mrk yg dah bergunting tak perlulah bergunting lagi. Melontar sebenarnya boleh dibuat dg bbrp kaedah, misalnya mengumpul lontaran dlm 1 hari shj iaitu hari ke-13 sahaja, dg kesemua sekali 70 kali lontaran mengikut syarat & tertib yg tertentu. Bagi yg buat nafar awal lain pulak caranya.
 
PEMINTA SEDEKAH
Apa2pun, selesai melontar, kalau naik ke tingkat 1,2 atau 3 kita dan boleh terus membelok ke kanan utk memasuki laluan pulang. Tapi kalau naik ke tingkat 4 (tingkat 5 belum boleh digunakan), kita terpaksa berjalan jauuuuh ke depan, barulah ada tempat buat u-turn utk memasuki laluan pulang. Ada McDonalds lagi kat situ. Ada juga yg terus ke Mekah & pulang ke Mina tgh mlm nnt. Walau apapun, di sepanjang jalan pulang dari tempat melontar ke khemah2 di Mina atau Muaissem, kita akan menemui deretan peminta sedekah berkulit hitam.


Ada yg betul2 cacat & ada yg buat2 cacat dg melipat tangan mereka seolah2 kudung. Kalau sorang dua mungkin kita percaya, tapi kalau dah hampir semua menggunakan taktik yg sama, sapa nak percaya... Keadaan diorang ni sama la jgk dg pengemis kat dataran Masjidil Haram, di luar bangunan tempat bersaie. Kebanyakan mereka anak2 kecil, gadis & ibu2 yg memangku bayi. Kudungnya pun sama. Kalau nak bagi sedekah, hati2 bimbang kena serbu. Kalau kita beri wang kpd seorang drp mrk, yg lain2 akan menyerbu mintak diberikan juga. So kalau nak bersedekah pun, jgn bagi yg lain2 nampak...

PEKENA TEH O PANAS
Masa berjalan pergi & balik tak sama. Kalau masa pergi, dlm 15 minit aje sampai. Tapi kalau balik, dkt 1/2 jam baru sampai. Maklumlah badan dah letih & kaki pun lenguh2. Yg pasti, lepas aje terowong, aku lajuuu aje menuju kedai yg jual air tadi. Pekena teh o panas dlm cuaca yg begitu sejuk amatlah nikmat rasanya. Sambil berehat sambil minum & biasanya pd masa tu lah teringat nak call anak2. Lepas sembang dg anak2 di Selangor yg 5 org tu, aku call pulak yg lagi 2 org kat Kelantan. Begitulah setiap hari aku & isteri berulang-alik selama 4 hari sehingga selesai melontar.

4 HARI BERTURUT2
Begitulah saban hari berjalan 6km pergi balik selama 4 hari. Jika hari pertama hanya melontar 1 jamrah sahaja iaitu jamrah aqabah (kubra), hari2 berikutnya kami melontar di ketiga2 jamrah - jamrah ula, jamrah wusta, jamrah aqabah. Hari pertama 7 biji, hari kedua 21 biji, ketga 21, keempat pun 21. Semua sekali 70. Setiap kali selesai melontar, kami menadah tangan & berdoa;

"Ya Allah ya Tuhanku,
Jadikanlah amalanku ini sbg haji yg diterima, dosa yg diampunkan, usaha yg terpuji, amalan soleh yg dimakbulkan & perniagaan yg tiada rugi."


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.