Tuesday, February 9, 2010

16) CHICO

Dlm perjalanan balik selepas melontar, ada 1 kenangan terindah Samson yg aku nak cerita dg korang. Pd suatu pagi, keadaan mcm pagi2 sebelumnya, bila balik je dari melontar, sampai kat kedai teh aku & isteri bawak segelas teh o sorang satu menyeberangi jalan utk duduk2 di sebuah bongkah batu. Kat sana takde tempat duduk mcm kat tempat kita. Kalau aku jadi King Saudi, aku suruh letak bangku banyak2 biar senang org nak berehat. Sambil berehat2 melepaskan lelah aku terpandang pasangan haji & hajjah di sebelah aku. Alamakkk!!! Aku kenal laa org sebelah ni. Wpun aku x brp minat dunia artis tp aku kenal laa dia ni. Dia adalah Chico, anak Uji Rashid. Hari tu aku ada tengok dia dlm filem Jutawan Fakir lakonan Saiful Apek. Tak berubah laa muka dia. Badan pun tough sama mcm dlm filem tu jugak.


Wpun aku kenal, tapi takkan terus nak terpa bersalam bertanya khabar, kan? Macho laa sikit. Takkan perangai tok aji pun mcm tu. Kalau kat stadium ke, panggung anniversary (mcm dulu2 tu) OK laa jugak. Aku tercari2 masa, kesempatan & ruang yg sesuai utk aku menyapanya. Tapi... aku nak tanya apa, ekk. Takkan nak tanya, datang buat haji ke? Kang dia jawab 'tau takpe', malu la pulak aku. Ataupun aku nak tanya;

Mak sihat? Tahun 75 dulu, masa saya dajah 1, saya minat sgt dg mak awak. Lagu dia masa tu... emm apa nama tajuk dia, lagu dia mcm ni: Di burung nan terbang, kusampaikan pesan padamu hai idaman kalbu.... (Masa tu aku boring dg Azman Ya Kuda sbb dia pun minat Uji Rashid)."

Tapi apa aku nak tanya dg Chico ni? Aku nak pandang straight kat muka dia pun aku x berani. Nanti dia kata, tak pernah tengok orang ke? Aku jeling2 je lah dia yg tgh bercakap2 dg pompuan sebelah dia tu. Isteri dia la kot, mana ada org pegi buat haji dg tunang atau makwe. Bila masa Chico kawin, tak tau la pulak aku. Aku jarang tengok paper ruangan artis2 nih!


Abis tu aku nak tanya apa nih? Mmm.. awak ingat tak tahun 70an dulu mak awak berlakon iklan dg Hail Amir ke dg DJ Dave ke, iklan ubat gigi Close Up.... tapi masa tu mana Chico ada lagi kan? Tgh aku berdebar2 mencari2 soalan, tiba2 dia yg tegur aku dulu;


Pak! Tumpang tanya ya pak! Di sini ada nggak khemah2 Indonesia?

Hallamaaak ehhh, sekali mat Indon rupanya. Astaghfirullahal'aziim. Nasib baik aku x tegur tadi. Nasib baik jugak isteri aku x perasan keadaan aku yg berperang dg perasaan tadi. Dia x sedar pun pasangan di sebelah dia tu mukanya hampir sama dg artis Malaysia. Nasib baik jugak! Adduyai, terkemut2 aku sendiri menahan malu. Rupa2nya dia tinggal jauh dari situ, nun di sebalik terowong yg lagi satu. Rupanya dia terpaksa melalui 2 terowong utk sampai ke tempat melontar. Rupanya dia dari Indonesia. Rupanya dia bukan Chico.


JUMPA SELEBRITI
Bila keadaan dah reda & 'Chico' tadi dah berlalu baru aku cerita dengan isteri aku. Dia gelak sakan laa.... Nak buat caman, kan? Aku ni mmg x pernah jumpa selebriti kat luar. Aku cuma pernah jumpa dg Zainal Abdidin Hassan di Kompleks Teruntum (masa tu dia main biola, eh biola pulak, main bola utk Pahang), dg Rosmaini Mohd Syah, Ahmad Bab & Wan Zawawi semasa main bola di padang Hospital Kuantan, dg Allahyarham Loloq & M. Nasir di Bandar Baru Sg. Buloh, dg David Arumugam yg berseluar pendek tgh basuh kereta Volkswagen kuning dia (sbb rumah mak dia kat pintu belakang maktab aku kat Penang dulu), dg drummer Alleycats dlm lif Flat Kedah, dg Eury Khan penyanyi kumpulan Desire (sbb dia buka klinik di Peringat) & dg Mahmud Rail yg pernah menjadi pasangan lawak kpd Allahyarham Wak Sir & Pak Ya. Rasanya itu aje kot.


Oh ya, dg Dharma Harun al-Rashid aku pernah jumpa sekali masa pergi ke Bukit Marak dg Saari Tok Imam Che Leh. Masa tu tahun 1988 kot, Dharma tgh berlakon cerita pendekar kat tepi bukit tu. Lagi sorang aku pernah jumpa, bukan selebriti tapi tokoh iaitu bekas Imam Besar Masjid Negara, Dato' Hj. Ahmad Shahir b. Hj. Daud yg telah kembali kerahmatullah pd hari Khamis, 30 Julai 2009 yg lalu. Masa tu kami sama2 sedang menunggu depan kaunter Klinik Pakar Perubatan, Hospital Universiti USM, Kubang Kerian. Adooiimak, dari cerita haji ke cerita artis, apakehe nya nii??? Tak kisahlah!!! Janji rock.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.