Thursday, February 4, 2010

(15) MELONTAR

Pada hari pertama berada di Mina, aku keluar pagi2 lagi utk melontar. Sebanyak 7 biji anak batu shj yg dibawa krn pd hari tersebut para jemaah hanya melontar di Jamratul Aqabah sahaja, berbanding hari2 berikutnya 21 biji (utk 3 jamrah sekaligus). Jadi, jumlah lontaran kesemua sekali ialah 7 + 21 + 21 + 21 = 70 biji. Dengan berbekalkan 2 karung atau uncang batu yg telah dibekalkan oleh Tabung Haji kami keluar berdua tanpa menunggu rombongan maktab. Dg mengikuti arus ratusan ribu manusia itu kami mula menapak sampai ke hujung jalan. Tiba di simpang kami dpt lihat terdapat deretan kedai yg menjual buah2an, makanan & minuman. Di situ kami belok ke kanan menuju terowong. Pergerakan agak terbatas kerana manusia terlalu ramai. Namun begitu ada juga yg mencilok kira & kanan.

Keadaan walau bagaimanapun tidaklah sesesak dulu. Kini jalan menuju ke tempat melontar sudah dipisahkan oleh pagar agar tidak bertembung dg mereka yg balik dari melontar. Dulu, dugaan utk melontar lebih mencabar, malah dlm keadaan tertentu jika nasib tidak baik nyawa boleh melayang sbgmana dlm byk kejadian yg berlaku mengakibatkan ratusan jemaah mati terpijak akibat rempuhan. Malah pd tahun 1990, ramai sgt jemaah terbunuh apabila ribuan jemaah yg keluar dari kawasan melontar bertembung dg ribuan jemaah lain yg mahu memasuki tempat melontar sehingga berlaku asak-mengasak & rempuhan.

MELONTAR JAMRATUL KUBRA
Setelah berjalan sejauh 3km melintasi terowong, khemah2 jemaah, dsb. akhirnya kami sampai di sebuah bangunan 5 tingkat. Terdpt bbrp jalan yg boleh digunakan utk naik ke Kompleks Jamrah itu. Kali pertama kami melontar kami naik ke tingkat 3. Waktu itu jemaah Malaysia masih belum ramai krn kebanyakan mereka sama ada baru sampai di Mina, atau masih dlm perjlnan malah ada juga pd masa itu yg masih belum diangkut dari Muzdalifah. Tapi kalau nak dikira, walaupun mereka ni lewat, mereka beruntung juga krn sempat bersolat Subuh & solat Dhuha pula di Muzdalifah. Walau bagaimanapun, jemaah2 dari negara lain terutama Indonesia, Afrika, India & Pakistan sudahpun ramai.

Dikatakan waktu yg paling afdhal utk melontar pd hari nahar ini ialah pd waktu dhuha. Alhamdulillah, wpun kita selalu mendengar cerita yg waktu itu amat mencabar krn semua jemaah inginkan yg terbaik & berebut utk melaksanakannya pd waktu itu, namun dg bantuan Allah kami dpt menyempurnakannya tanpa masalah. Kami berjalan menaiki tingkat 3, seterusnya melintasi 2 jamrah yg kosong iaitu Jamratul Ula (Sughra) & Jamratul Wusta, barulah kami tiba di Jamratul Aqabah (Kubra). Dg lafaz bismillahi allahuakbar! Rajman lis-syayaatiini wahizbihim kami melontar dg penuh perasaan. Oleh krn kami mengambil tempat yg agak ke depan, ada la jugak 2-3 kali anak batu yg dilontar oleh org2 dari belakang hinggap di kepala & belakang aku. Nak kata x sakit tu, terasa laa jugak... Tapi aku mmg sengaja nak cari tempat yg paling hampir ssb nak bagi yakin anak2 batu tu masuk ke lubangnya. Yg diorang melontar dari jauh tu aku x tau laa diorang perasan ke tak yg lontaran mrk x masuk sebaliknya mengenai org lain yg berada di depan.

SELESAI MELONTAR
Selesai melontar, kami berdoa & terus bertahallul awal kat situ. Kebetulan ada jemaah Indonesia sdg memotong rambut sesama diorang, aku mohon agar memotongkan rambut aku sekali sambil berdoa;

"Allahuakbar (3x)
Ya Allah ya Tuhanku, inilah hujung rambutku di tangan-Mu, maka jadikanlah setiap helai rambut itu cahaya bagiku pd hari kiamat, dan ampunkanlah dosa2ku, ya Tuhan Yg Amat Luas Pengampunan.

Segala puji2an tertentu bagi Allah yg telah menyempurnakan ibadat2ku, kurniakanlah satu kebajikan dg setiap helai rambutku, hapuskanlah dgnya satu kejahatan, angkatkanlah aku satu darjat, ampunilah aku serta org2 yg bercukur, bergunting & sekalian umat Islam. 

Ya Allah ya Tuhanku, 
Tambahkanlah aku keimanan & keyakinan, berikanlah taufik & pertolongan kpdku & ampunilah kami serta ibu bapa kami, isteri kami & anak2 kami. Selawat & salam utk Penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga & sahabat2 sekaliannya, amin."

"Terima kasih ya pakk! Ketemu lagi..." 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.