Wednesday, February 3, 2010

(15) MABIT DI MINA

Kumpulan kami merupakan yg terawal tiba di Muzdalifah & juga yg terawal akan meninggalkannya. Aku & isteri menaiki bas yg pertama menuju ke Mina. Waktu itu lebih kurang jam 3 pagi. Kami ditempatkan di perkhemahan Maktab 76. Waktu kami sampai di Mina, keadaan masih kosong dan lengang. Dengan mengangkut beg masing2, kami mmencari2 khemah yg telah dikhaskan utk kami.

Di sini kami ditempatkan dlm khemah yg besar. Di dlm khemah tersebut dibahagikan bbrp petak yg mana setiap petak menempatkan 16 org jemaah. Bahagian bawahnya dialas dg karpet. Walau bagaimanapun kami mengalasnya pula dg tikar merah masing2 yg diberi semasa berada di Kelana Jaya. Selesai mengenalpasti khemah & tempat duduk, dibacakan doa ini;

"Ya Allah, aku memohon dengan berkat Mina ini, anugerahkanlah aku dg apa yg Engkau anugerahkan kpd wali2-Mu & hamba2 yg taat kpd-Mu, Maha Suci Allah yg Arasy-Nya terletak di langit, Maha Suci Tuhan yg memperlihatkan Kekuatan-Nya di bumi, Maha Suci Tuhan yg menggerakkan air di lautan, Maha Suci Tuhan yg ancaman api neraka, Maha Suci Tuhan yg memperlihatkan rahmat-Nya di dlm syurga, Maha Suci Tuhan yg mengangkat 7 petala langit & menetapkan 7 petala bumi dg Kudrat-Nya, Maha Suci Tuhan yg tidak ada tempat utk bergantung & tidak ada tempat utk meminta pertolongan melainkan kpd-Mu semata2."


Bermalam di Mina ni, kalau mengikut syaratnya hendaklah berada di bumi Mina sepanjang malam hingga ke pagi, ataupun sekurang2nya lebih drp setengah malam. Kedudukan khemah kami sebenarnya terletak di Muaissem, iaitu kira2 3km dari tempat melontar & terpaksa melalui sebuah terowong yg merentasi bukit utk sampai ke sana. Bagi yg mengikuti pakej2 haji pula, khemah2 mereka dekat sahaja, tak perlu lalu terowong pun. Walau apapun, sebenarnya ada ramai lagi yg tempat duduk mereka lebih jauh drp kami, malah sehingga 7 atau 8km pun ada.

TANDAS
Kedudukan khemah aku & khemah isteri aku bersebelahan sahaja dg tandas. Lokasi sebegitu sudah dikira 1 kelebihan krn dari khemah kita boleh nampak sama ada tandas/bilik air pada ketika itu tengah sesak ataupun tengah takde orang. Kalau nak ke bilik air jam 2 atau 3 pagi pun takde masalah, malah masa tu lah kita boleh buang air dengan lebih tenang.

Sememangnya menggunakan tandas di Mina ini merupakan suatu perkara yg agak mencabar. Dalam keadaan2 tertentu ia benar2 mencabar & menguji kesabaran kita. Bayangkan sewaktu kita benar2 sakit perut, org di dlm tandas pula dari tadi x keluar2. Nak pulak, kat depan kita masih ada 4-5 orang lagi tgh beratur utk petak tandas yg sama. Apa agaknya yg kita rasa? Kalau diikutkan perasaan, mungkin kita akan menjerit malah mungkin akan keluar sumpah seranah & lain2 yg tak elok diperkatakan. Tapi kita harus cepat sedar yg kita sekarang sedang mengerjakan haji. Jadi, apa lagi yg boleh kita buat selain dari diam & membiarkan peluh2 sejuk membasahi dahi sambil paha & punggung kita terkemut2 menahan sesuatu yg sedang menunggu detik utk menerobos keluar.

MAKAN
Makan2 di Mina sama sahaja mcm di Arafah. Bila tiba masanya, budak2 petugas Muassasah akan dtg dg kereta tolaknya membawa paket2 makanan, air minuman & buah2an. Selain itu, disediakan juga di sudut2 tertentu di luar khemah meja yg menyediakan air panas, teh uncang & gula. Sebagaimana biasa, pemandangan para jemaah sedang mengisi air panas ke dalam mangkuk/gelas yg berisi mi segera sudah merupakan suatu kelaziman. Tanpa mengira harga sebungkus mi yg mencecah RS4 sebungkus, makanan tersebut menjadi pilihan utama di sana. Aku sendiri takdelah suka sangat, tapi kadang2 tu teringin juga. Malah ramai juga yg berkata, masa kat rumah dia tak makan pun mi segera, tapi di Mekah kalau tak pekena sekali sehari macam tak sah pulak.

SALAH KHEMAH
Aku kerap kali juga tersalah jalan. Maklumlah, lorong2 kecil yg di kiri kanannya khemah hampir sama saja di mana2. Lorongnya sama, khemahnya pun sama. Nak cari jalan keluar dari pagar perkhemahan Maktab 76 pun asyik sesat je walaupun dah 3 hari berada di situ. Yg lebih teruk lagi, bbrp kejadian yg hampir sama berlaku... Waktu kita tengah rehat2 dlm khemah, tiba2 ada seorang tua duduk di sebelah kita tercari2 begnya. Kita tentu boleh kenal yg org tua tu bukan dari petak kita. Mungkin khemah yg sama tapi dlm petak yg lain. Memang susah utk meyakinkan dia yg dia tersalah tempat. Mereka tetap akan berkeras yg tempat dia memang kat situ. Last2 bila ada yg cek dia punya nama pd gelang besi yg dipakai, memang sah dia dari tempat lain. Bukan saja dia salah petak, malah salah khemah. Lebih teruk lagi, salah maktab!!! Maknanya, dia dah jauh sangat dari khemahnya sendiri.

PEMANDANGAN BIASA
Di antara perkara2 biasa yg dapat kita lihat di khemah2 di Mina ialah para jemaah yg masih berpakaian ihram sedang bersiap2 utk pergi melontar. Kita juga dapat lihat mereka yg berpakaian biasa sedang tidur. Mereka ini sebenarnya sedang berehat setelah balik dari melontar. Perjalanan 6km pergi balik agak meletihkan, apatah lagi berjalan secara beramai2 dg langkah & pergerakan yg terhad. Tapi kenapa dia berpakaian biasa tak pakai ihram lagi? Sebab dia dah sudahpun bertahallul awal. Kita sudah boleh bertahallul awal apb selesai melaksanakan 2 drp 3 perkara berikut iaitu melontar jamrah kubra, tawaf rukun & saie serta bercukur atau bergunting.

Selain itu, kita juga dapat melihat di sudut2 tertentu beberapa org jemaah lelaki sedang bercukur, kebanyakannya secara bergilir. Lepas aku cukur kau, kau cukur aku pulak. Jadi, kalau kita masuk khemah kemudiannya, kita akan dapati ramai kawan kita yang sudah botak.

Satu lagi pemandangan yg agak menginsafkan kita ialah apb terbangun pd waktu mlm, terutamanya pd malam pertama di mana para jemaah kebanyakannya masih berpakaian ihram. Sana-sini kelihatan jasad yg terbujur kaku dlm pakaian putih. Ataupun, kalau sesudah bertahallul sekalipun, kebanyakan jemaah menggunakan kain ihram sbg selimut, maka akan kelihatan seolah2 kita berada dalam kalangan mayat2 yg serba putih... waktu itu tentu sekali akan mengingatkan kita kpd mati.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.