Wednesday, February 3, 2010

(14) MABIT DI MUZDALIFAH

Malam 10 Zulhijjah. Kami di bawa ke Muzdalifah utk mabit (bermalam) di sana. Berbeza dengan mabit di Mina, di Muzdalifah dibolehkan sama ada utk berada di situ sepanjang malam hingga ke pagi ataupun hanya seketika selepas tengah malam. Kumpulan aku, KT90 yang dibawa paling last ke Arafah, kali ini yang paling awal sekali dibawa dari Arafah ke Muzdalifah. Sesampainya di sana aku dapati kawasan tersebut masih kosong dan lapang. Yang ada hanyalah padang, bangunan tandas serta limpahan cahaya kuning daripada lampu2 yg ada di sekitar itu.

Sebaik sahaja memasuki kawasan tersebut, kami dibahagikan kepada ruang2 kecil utk kami letakkan beg & duduk2. Kami turut diberi sebungkus pelbagai majanan ringan utk mengalas perut. Di dalamnya ada air kotak, roti, buah kurma, kek, dsb. Satu persatu bas sampai yg akhirnya menjadikan kawasan tersebut seperti lautan manusia dengan pelbagai gaya & cara masing2. Ada yg bersolat, ada yg membaca al-Quran, ada yg makan2, sembang2, baring2 & ada yg tidur terus.

Walau apapun, di antara amalan2 sunat yg boleh dilakukan di situ ialah berdoa, berzikir, bersolat sunat & mengutip anak2 batu. Tapi x kurang juga yg mengutip mak2 batu & bapak2 batu. Tak pasti adakah krn mrk ni betul2 x tahu. Apa2pun kita boleh tunjukkan batu2 yg kita kutip kpd mrk. Bila mrk rasa batu2 mrk terlalu besar, mrk akan buang yg itu & gantikan dg yg lebih sesuai. Mengutip anak batu di situ x terlalu susah. Belek2 aje tikar yg kita duduki, ada lah kat bwh tu nnt. Kita boleh je kutip 7 biji utk digunakan semasa melontar Jamratul Aqabah pada hari Nahar (10 Zulhijjah), ataupun mengutip sebanyak 70 biji terus utk melontar selama 4 hari di Mina nanti.

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.