Tuesday, February 2, 2010

(13) WUKUF DI ARAFAH

HUJAN PADA HARI KEBERANGKATAN
Pada 25 Nov. 2009 bersamaan 8 Zulhijjah, lebih kurang 3 juta jemaah haji dijadualkan berangkat ke Arafah yg terletak kira2 20km dari Mekah utk berwukuf di sana pada keesokan harinya. Walaupun proses keberangkatan bagi para hujjaj di Hotel Janadriyyah bermula pd jam 12 tghari, tapi giliran kami lambat lagi. Dijangka sama ada selepas Asar atau mungkin lepas Isyak. Mendung yg kelihatan sejak dari pagi akhirnya mencurahkan isinya apabila sejurus sebelum masuk waktu Zohor, tiba2 hujan turun dengan begitu lebat sekali, mencurah2 selama beberapa jam membasahi Kota Mekah. Dengan kawasannya yg berbukit, air mengalir dengan deras sambil menghanyutkan sekali sampah-sarap.

Menjelang waktu Maghrib, hujan pun reda. Walaupun hujan di Kota Mekah telah berhenti, namun di beberapa kawasan seperti Madinah & Tabuk, hujan masih lebat. Malah berlaku banjir besar di Jedah. Di sana, kereta-kereta dihanyutkan air deras & jln raya yg menghubungkan Jeddah & Mekah telah terputus. Sistem di lapangan terbangnya juga turut mengalami kerosakan.

Menurut rakan2 yg telah sampai di padang Arafah, para hujjaj di sana mengalami kesejukaan. Bayangkanlah dengan memakai sepasang kain ihram yg agak tebal & basah pula, tentu sekali ianya sukar untuk kering. Malah, ada juga khemah yang banjir dan karpetnya basah. Itu bagi yg dtg secara muassasah. Lebih teruk lagi, ada juga pakej haji yg menyediakan tilam (bukan karpet). Tentu lebih menyusahkan apb tilam yg tebal itu basah. Walau apapun, terimalah ia dg redha.

Di sana senang terjadi banjir krn sistem perparitannya yg kurang terurus selain drp hujan yg sgt lebat. Lagipun di sana sini ada construction menyebabkan air x dpt disalurkan ke tempat lain lalu bertakung. Lebih teruk lagi, bentuk muka buminya yg dikelilingi bukit. Bila hujan lebat air mengalir macam air terjun menuju tanah landai. Begitulah setiap tahun, pelbagai bentuk ujian didatangkan untuk para tetamu Allah ini. Hikmah yang terzahir & tersembunyi apb para tetamu Allah basah disimbah hujan & kesejukkan di padang Arafah, tidak mampu dicungkil dengan akal yang dangkal ini. Mungkin juga Allah ingin memberi kelebihan kerana di antara saat2 yg mustajab doanya ialah doa ketika hujan lebat.


Walau apapun, hujan yg turun di Mekah mengundang rasa hairan krn sukar sekali utk kita melihat Kota Mekah disirami hujan lebat sebegitu, lebih2 lagi dlm jangka masa yg agak lama, iaitu kira2 5 jam. Ada yg berpendapat ianya sbg rahmat & ada yg berpendapat ianya adalah dari Allah.


JALAN SESAK
Apb tiba masanya, kami diarahkan turun dg membawa beg masing2 menuju bas yg telah sedia menanti. Di sepanjang jln, keadaan jln2 utama menuju Padang Arafah menyaksikan kesesakan luar biasa. Menurut 1 sumber, sepanjang hari itu, kira2 160 buah bas disediakan utk membawa 26,000 jemaah Malaysia secara berperingkat2 ke Arafah, sedangkan pd hari yg sama juga, beribu-ribu buah bas & kenderaan persendirian lagi membawa jutaan jemaah dari negara lain menuju ke destinasi yg sama.

WUKUF
Wukuf adalah kemuncak amalan haji. Di situlah berkumpulnya seluruh jemaah berjumlah jutaan orang dari segenap penjuru dunia dalam satu masa. Di sana juga merupakan tempat paling mustajab utk berdoa. Di situ Rasulullah akan mengambil masa yg lama utk berdoa. Di sanalah juga Rasulullah menyampaikan khutbah wada'nya. Ibadat wukuf juga mengingatkan kita kpd peristiwa Nabi Adam & Hawa diturunkan ke bumi krn terpedaya dg tipu daya iblis. Mereka telah terpisah & mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali. Tempat pertemuan mereka adalah di Padang Arafah iaitu di Jabar Rahmah. Di situ mereka memohon ampun daripada Allah bertahun2 lamanya.




Di dalam khemah, para jemaah menyusun beg masing-masing serta mengalas karpet yg basah dg tikar. Apb tiba waktu makan, pihak muassasah akan mengedarkan makanan dlm paket aluminium ke khemah2. Apb tiba waktu tidur, kebanyak para jemaah hny tidur sekejap shj dg beralaskan beg sbg bantal. Kemudian, mrk akan bangkit membawa tikar ke luar & mencari tempat2 strategik utk duduk2 sambil melakukan amalan2 qiamullail. Dlm udara yg sejuk & tanah yg lembab itu, pihak muassasah tidak lupa menyediakan hidangan air panas. Sesiapa shj boleh mengambil sendiri di bbrp tempat yg menyediakan air panas, gelas polisterine, teh uncang, gula, krimer & sudu. Malah ada juga yg membawa mi segera (Indomie) gelas lalu dituangkan air panas. Tentu berselera sekali makan mi dlm cuaca yg sesejuk itu.

Jadi, di sepanjang mlm itu, walaupun ramai juga yg lena beradu di dalam khemah, namun kelihatan di sana-sini para jemaah berzikir, mendirikan solat sunat, membaca al-Quran walaupun dalam keadaan cuaca yg samar2, bermunajat & berdoa hingga ke pagi. Keesokan harinya, setelah bersolat Subuh & bersarapan, para jemaah terus berada di tikar masing2 membaca al-Quran dsb.

Walaupun semalam cuacanya sejuk & tanahnya yg lembab, namun apb tiba waktu tengah hari cuaca bertukar panas. Suasana yg hangat membahang dg pancaran mentari yg panas terik itu pastinya memberi peringatan awal kepada para jemaah ttg keadaan di padang Mahsyar kelak, di mana semua manusia tanpa mengira bangsa, pangkat & harta akan dihimpun bersama utk menerima pengadilan berdasarkan amalan masing2.


KHAMIS YANG MEMBAHANG
Jika di Mekah para jemaah boleh mendapatkan kemudahan yg berbeza2, misalnya ada yg menginap di hotel2 mewah, memakai pakaian cantik, dsb. tetapi di Arafah semuanya sama. Mereka hny berpakaian ihram iaitu sepasang kain putih yg tidak berjahit, sama seperti kain kafan orang mati, malah sama2 duduk di khemah atau luar khemah dlm persekitaran yg panas terik. Pada hari itu keadaan di persekitaran mula nampak tandus dan gersang. Bukit-bukau tanpa ditumbuhi pokok, keluasannya sayup mata memandang. Oleh itu para jamaah kian insaf sambil merenungi dosa2nya yg lepas lalu bertaubat agar Allah mengampunkan dosa2nya krn Allah sgt memuliakan Hari Wukuf. Pada hari itu, Allah mendekatkan sedekat2nya kpd mrk yg berwukuf utk mendengar ucapan & keluhan hati mereka.

Solat Zohor hari itu didirikan secara berjemaah di tengah2 panas terik matahari dengan diselangi 2 khutbah. Seterusnya para jemaah meneruskan ibadat masing2 sehingga ke petang. Kami terpaksa bersiap2 lebih awal krn wpun giliran KT90 merupakan yg terakhir dibawa ke Arafah, namun mendapat giliran terawal utk berangkat ke Muzdalifah.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.