Tuesday, January 26, 2010

(12) AIR ZAM-ZAM


RINDU
Setelah 3 minggu pulang ke tanah air, di antara perkara2 yg aku rindu sgt2 ketika ini ialah kaabah, raudhah & air zam2. Kali ini aku ingin sembang ttg air mukjizat yg berkhasiat, yg terbit dari sebuah telaga yg letaknya hny bbrp meter dari Kaabah. Air ini mmg bermanfaat bagi peminumnya. Jika ia sakit maka zam2 akan menjadi ubat, dan jika ia lapar maka zam2 akan mengenyangkannya, dan jika ia lemah maka zam2 akan menguatkannya. Dan ketahuilah semuanya itu atas Kehendak dan Keizinan Allah swt.
Aku setiap kali masuk ke Masjidil Haram aku akan menuju ke pili air zam2 utk meminum sepuas2nya. Selepas tawaf, aku akan cari pili zam2 dulu sebelum bersaie. Sewaktu bersaie aku singgah2 lagi utk minum air zam2. Malah, bagi sesetgh hujjaj, air tersebut bukan shj digunakan utk minum, malah utk berwudhu' serta menjiruskannya pd kepala & badan. Aku sendiripun kalau masa saie tu, aku berenti kat pili, basahkan bahagian hujung kain ihram, bahagian yg basah tu aku gunakan utk mengelap muka & badan.... fuhhh, nyaman rasanya!

Aku selain minum menggunakan gelas plastik yg disediakan, aku turut memasukkan ke dlm botol kecil & aku letak kat dlm poket beg sandang Tabung Haji yg aku sentiasa bawa ke mana2 saja. Aku akan cerita ttg ini dg lebih lanjut kat bwh nnt.

MAT BANGLA & DAM
Pili air zam2 berada di kebanyakan tempat dlm Masjidil Haram. Malah kat luar masjid pun ada juga diletakkan pili2 air zam2 lengkap dg sinki, susunan gelas2 plastiknya serta tong yg digunakan utk membuang gelas yg telah digunakan. Di setiap pili berkenaan akan ada 1 atau 2 org pekerja (biasanya berbaju hijau) yg memegang plastik biru atau batang mop. Kebanyakan drp mrk ni adalah Mat Bangla. Tugas mrk ni ialah mengelap tumpahan air zam2 di sekitar pili tersebut. Selalu kelihatan para hujjaj menghulurkan mrk wang sbg sedekah. Pemandangan sebegini boleh dilihat di mana2 termasuklah di Madinah & di Mina.
Mereka yg menghulur tersebut ada yg bersedekah, malah ada juga yg membayar dam. Misalnya, seseorg yg melanggar larangan dalam ihram dan dikenakan dam, mereka boleh mencari 6 org pekerja yg dikira dhaif itu & menghulurkan mrk RS10 seorg. Jadi genaplah dam RS60 itu dikeluarkan.

UNTUK DIMINUM SAHAJA
Bercerita ttg membawa balik air zam2 dari pili2 di Masjidil Haram & ramai pulak yg mengirimnya pulang ke tanah air, kisah dia mcm ni. Di setiap pili tu biasanya ada tertulis amaran: "Hanya Untuk Diminum Sahaja". Apa maknanya tu? Menurut Ust Safawi yg memberi taklimat hari tu, air di situ sememangnya disediakan utk kita minum di situ shj. Bolehlah kalau kita nak bawa balik sedikit utk kita minum dlm perjlnan atau semasa di hotel. Tapi jangan pula kita punggah sehari 1 botol kecik, lama2 bila dah banyak botol, kita poskan ke Malaysia. Mengikut ustaz tersebut, perbuatan itu dikira seperti mencuri.
Kanak-kanak ini menjual tong air kpd mrk yg berhajat utk menadah air zam2 di pili sabil

Kalau nak sgt kirim, kita kena beli, ataupun ambik sendiri di tempat yg telah disediakan iaitu di pili sabil yg terletak di tepi Maktabah (asalnya Maulud Nabi). Di situ kita akan dpt lihat para hujjaj terutama sekali dari Afrika, India & Pakistan yg beratur panjaaaang sambil membimbit 2 tong seorang. Pasal apa 2 tong? Sbb kerajaan Saudi hny membenarkan sesiapa shj mengambil 2 tong air zam2 shj sehari. Kalau nak lagi, besok pulak lagi 2 tong. Yg itu kita boleh laa ambik & kirim. Ramai juga yg merungut krn baru diberitahu ttg perkara itu. Perkara mencuri, makan minum harta yg haram ni bukan perkara kecik.

Menadah air zam2 di pili sabil

Alamakk!!!! Habis tu mcmana aku ni? Aku baru je poskan bbrp botol ke tanah air? Ustaz kata, yg dah tu xpe lah sbb xtahu. Hahhh.... lega aku. Tapi, isskkk, kenapalah baru skrg aku dpt tau.

NOT COLD
Kalau biasanya air zam2 disediakan di pili & rasanya sejuk mcm air kat dlm peti (sbb ada cooler dia), tapi kat tingkat 1 & tingkat bwh tnh (basement), ia disediakan dlm tong. Tong ini disusun mengelilingi tiang2 masjid. Sapa nak, tekan paip yg ada pd tong tu. Air dlm tong ni pun sejuk juga. Tapi dlm banyak2 tong tu, akan ada 1 yg bertulis NOT COLD. Aaaaa cuma yg itu aje yg x sejuk. Yelah, time2 batuk bermaharajalela, takkan aku nak minum yg sejuk jgk, kan? Nak2 pulak bulan 12 dah start musim sejuk kat sana.

Sama jugak di Madinah, air zam2 disediakan di segenap tempat dlm masjid, tapi hny dlm tong sahaja. Takde paip mcm yg kat dlm Masjidil Haram sana. Di luar Masjidin Nabawi ada juga kelihatan pili2 yg disediakan. Tapi jgn keliru, yg itu hanyalah air minuman biasa shj, bukan air zam2. Tapi aku rasa ramai yg x tahu.

TONG AIR ZAM2
Melihat kpd tong air zam2 ni, bentuk & warnanya biasa shj, xde laa apa2 yg menarik. Tp bagi yg biasa ke Mekah, tengok aje tong tu, taulah kita itu tong air zam2. Ianya takkan kita jumpa kat mana2. So, dg keunikannya yg tersendiri itu, ada juga kwn2 yg pergi cari tong tu kalau2 ada jual kat kedai utk dijadikan souvenir & tanda kenang2an. Ehh, mmg ada jual rupa2nya. Harganya dlm RS120 setong. Saiznya mmg besar, boleh laa muat kalau korang nak duduk dlm tu mcm Ali Baba & 40 Penyamun tuh... Kalau aku? Heheee kalau aku mmg x muat laaa... hahahaaa!!! Dah beli tong tu, diorang akan isikannya dg baju2 yg dibeli di sana & diposkan. Aku pikir jugak, kalau aku beli pun aku nak buat apa ekk... kalau nak pakai masa raya utk letak sirap kat dlm tu aku rasa besar sgt. Lain laa kalau aku meniaga air. Isy, x jadi belilah!

Pemandangan di luar Masjid Nabawi, berhampiran 'babussalam'. Tong2 yg kosong akan dipunggah ke luar utk diisi semula

Kpd yg nak kirim air zam2 ke kampung smd dari Mekah ataupun Madinah, pesan aje di meja2 kourier. Cakap nak air zam2 utk dihantar ke alamat sekian2, maka air tu akan dihantar dg bayaran lebih kurang RS120/tong. Aku sendiri xde pun kirim yg tu sbb aku dah beli siap2 semasa kat tanah air lagi. Beli di kedai Jaafar Rawas di Kota Bharu dg harga RM100 utk 1 tong 10 liter. Aku terpaksa beli krn khuatir kalau2 bila balik nanti, sedara-mara dtg berziarah, tup2 x cukup pula, mana boleh mcm tu kan? OK lah, walau apapun, aku memang merinduimu air zam2....

Saturday, January 23, 2010

(11) KEDAI2 DI MAKKAH

Di sepanjang jalan dari hotel ke masjid, atau jalan dari mana2 ke mana2pun, rasa2nya hampir semua kedai menjual barangan yg sama. Secara mudahnya, macam la kalau kita lalu Kg. Lepan Jenut, Manek Urai ataupun di Kijal, Terengganu kita akan dapati semua warung menjual lemang. Kalau kita lalu jalan Kuala Ping ke Kuala Berang, kebanyakan gerai jual cempedak. Dulu masa aku lalu jalan Banggol, PCB kebanyakannya menjual jagung. Dan kalau lalu jalan Rantau Panjang pula, kebanyakan bangsal menjual nanas. Tidak hairan la jugak kalau semua gerai di Sekinchan menjual mangga. Di Terengganu, kalau kita lalui Marang & Merang, semuanya menjual keropok lekor. Begitulah lebih kurang.

Di Mekah, bolehlah kita kategorikan kedai dia macam ni;
1) Kedai makan - menjual makanan spt. teh o, jus
2) Kedai kasut - menjual kasut, selipar, beg
3) Kedai pakaian - menjual pakaian spt. jubah
4) Kedai aneka - menjual barangan cenderamata
5) Kedai elektronik
6) Kedai karpet
7) Kedai buku & kaset/CD
8) Farmasi

TEH O 1 RIYAL
Kalau kita ke kedai makan, kita boleh minta air teh atau teh O dengan hrg RS1/cawan. Gelas polisterin kecil akan diisi dengan air panas yg menggelegak & dimasukkan teh uncang ke dalamnya. Kalau nak teh susu (syai ma'al halib) tak payah nak sebut halib2, cakap aje teh susu dia paham. Dulu aku ingat susu dalam Bahasa Arabnya laban. Rupa2nya laban tu susu masam. Aduuyai! Macam tu laa kalau belajar x habis.

Di sana jarang sekali, malah hampir tiada kedai yg jual air kopi. Kalau ada pun ia bukan kopi biasa tapi Nescafe. Macam aku penggemar kopi, memang tak jumpa kedai yang jual air kopi. Lebih malang lagi aku ni pulak memang tak minum Nescafe. Cuma ada laa sekali tu terjumpa kedai yg jual paket serbuk kopi segera 3+1. Aku cuma beli beberapa paket aje dengan niat lain kali nak datang lagi. Malangnya, bila ke sana lagi sekali, kopi bertulisan siam itu dah tak dijual lagi. Nasib baik kawan satu hotel dengan aku, Nik Yusri (kalau tak silap aku, dia ni pensyarah di UKM) menghadiahkan aku sepapan kopi Radix. (Syukran kathiira ya ustaz....) bukan kopi aje, paket susu kambing pun ada dia hadiahkan, alhamdulillah.

MOI ITU MUYAH
Kalau di kedai yg jual air tu, kalau kita nak air mineral, dia cakap 'moi'... aku kebingungan. Allahyarham Ustaz Yusoff Muda yg mengajar Bahasa Arab aku dulu (masa kat SMSK) kata, kalau air ma'un ataupun ma' (mim alif hamzah). Tapi kat sini lain pulak, moi... Sekali tu lalu laa sebuah lori air dpn aku, aku baca - 'al-muyah'. Rupa2nya perkataan moy tu dari perkataan moyah rupa2nya. Aduu fenin ana, feninn!

Ada sekali aku pergi kedai, aku tunjuk pd air buah2an dalam tin yg tersusun kat dlm peti ais, aku cakap moi! moi! Dia kebingungan sambil menghulurkan air mineral. Eh! Aku bukan nak air mineral. Aku tunjuk lagi pada air buah tu.... moy! moy! Dia dg muka yg agak geram, dia hulurkan air tu sambil menyebut dg kuat, 'jus!' Hahaa haaa ha haaa.. aku ingat semua air tu moy, rupanya kalau jus dia sebut jus jugak. Wakakaaa...

JUS
Seperkara nak bagitau, air jus di Mekah memang betul2 kaww! Kaw liau2... memang betul2 air jus. Memang betul2 diperah dari buahnya yg asli, bukannya air kimia macam kat tempat kita. Pensyarah Kimia aku kat OUM, Dr. Chan (bekas guru kimia aku masa kat SMSK dulu) kata, cuba awak pergi ke kilang air kotak laici. Cari kalau2 boleh jumpa sedikit kulit laici kat kilang tu. Memang takde punya... semua itu adalah air kimia. Itu di Malaysia. Kalau di sana, jus dia memang best. Cuma kalau kita ada penyakit gastrik tu, tak bolehlah nak minum selalu takut nanti pedih perut, susah pulak dibuatnya. Kalau yg ada dibetes tu lebih2 lagi laa sbb jus dia mmg manis tin! tin!... Tapi kalau setakat penyakit sawan ke, resdung ke, hantam sajalah!!!


KEDAI MAKAN
Foto di atas tu adalah deretan kedai yg paling hampir dg Masjidil Haram (utk aku & mereka yg yg nak balik ke hotel Janadriyah). Aku kalau balik dari Subuh di masjid, ataupun kalau aku keluar umrah pada awal pagi & selesai bersaie selepas Subuh, perut tentu lapar, kan? Kedai terdekat dg masjid (sehala dengan perjalanan balik ke hotel) ialah kedai donut, KFC, kedai kebab Turki &amp Restoran Maal.


DONUT & DUJJAJ KENTUCKY
Di kedai donut tu, yg ada cuma donut ajelah. Takde kuih ketayap, takde lepat pisang, malah sandwich pun takde. Hanya donut, sedonut2nya. Cuma ianya dipelbagaikan. Ada beraneka corak, saiz & warna, yg pasti, semuanya manis2 belaka. Opps, ada la jugak roti2, karipap & pastri tapi aku tak berapa 'doyan'.

Di KFCnya pulak, jgn laa pikir nak pilih dinner plate ke, family plate ke, apa ke... atau teringin nak makan coleslaw ke, garden salad ke, twister ke, cheezy wedges ke, zinger burger ke... dia takde semua tu. Takde pakej2 yg macam kat tempat kita. Yg ada cuma 1 pakej sahaja, iaitu 3 ketul ayam goreng. Itu aje. Harga dia RS15. Namun..... YANG PALING AKU MINAT SEKALI, tak lain dan tak bukan nun kat bawah nun.... kebab Turki;


SYAWURMA
Di kedai kebab Turki ni (dan di restoran2 lain pun), kalau nak beli apa2 makanan kita kena tahu nama makanan tu dulu. Ingat apa benda yg kita nak makan, kemudian pergi ke kaunter bayaran, cakap apa yg kita nak, bayar, ambil resit, barulah serahkan resit di kaunter makanan. Kalau nak kebab ayam, cakap 'shawurma dajaj', kalau nak daging punya, cakap 'shawurma laham'. Kalau nak pizza, cakap 'Melayu'. Hah? Kalau nak pizza cakap Melayu? Iye, kalau nak pizza cakap Melayu je, diorang paham laa.... cakap aje nak pizza. Begitu juga di Restoran Maal. Ada nasik mandi. Dan yg pasti, kat situ kebab dia lagi sedap rupa2nya. Org rumah aku dah naik muak sbb hari2 aku beli kebab utk sarapan. Harga dia RS4 je. Air teh RS1. Jadi, utk sarapan aje, kitorang kena belanja 10 riyal utk 2 org.

NASIK PUN ADA
Kalau kita ke kedai makan yg lain, kita boleh order nasik Bukhari dg harga RS10 sebungkus. Kita org Malaysia ni tak payahlah order sorang satu. Order 1 aje utk 2 org. Nasik dia banyak, ayam pun besar. Kita cuma mintak pinggan lebih aje utk kongsi nasik tu. 1 hidangan tu cukup2 utk 2 org. Kalau nak beli ayam golek pun ada. Seekor RS14. Kalau nak sebelah, RS7. Boleh bawak balik utk dimakan bersama nasi yg dibekalkan kpd kita. Elok sgt laa bagi mereka yg dah tak lalu nak makan lauk yg sama yg dibekalkan setiap hari, ataupun utk menggantikan lauk yg kita tak boleh makan. Contohnya, kalau pesakit gout & hypertension, pastinya x boleh makan daging. Ataupun kalau gout & diabetes, tentunya tak boleh makan sotong. Jadi, ada laa jugak lauk alternatif pd hari itu.

KEDAI SERBANEKA
Berbalik pd kedai tadi, kalau kedai kasut biasanya dia tak campur aduk dg barang2 lain. Kalau ada pun, cuma beg saja. Begitu juga di kedai pakaian & kedai karpet. Kedai elektronik biasanya dia jual handphone, mesin potong rambut, radio, kamera, handycam, jam tangan, malah buah tasbih & batu permata pun ada. Tapi kalau kedai aneka tu, memang beraneka barang sungguh. Kedai inilah yg paling banyak sekali kat sana. Dari kedai ke kedai, barangan yg dijual hampir samaaaaaa saja. Ada buah tasbih, minyak attar (attar 'Alf-Zahra' atau 'Seribu Bunga' memang susah nak ditemui), ada lubaneh, ada murhabashi, ada kopiah, ada pisau, ada jam, ada selipar, beg & serba 'maknika'.

Walau apapun, di semua kedai, harga yang diletak oleh penjual amat tinggi. Katakan sehelai baju jubah diletak dengan harga RS60, saya pernah beli dengan harga RS35, manakala yg berharga RS50, boleh dapat dg harga RS25. Tapi semuanya nak kena pandai tawar-menawar. Dia jek kita, kita jek dia balik. 95% yg menjual di sana adalah Bangladesh. Kita lalu aje, dia akan tanya Malaysia, Indonesia? Bila kita jawab Malaysia, dia akan kata Malaysia bagussss...! Mari masuk2, murah2, liyat2 (lihat2), tenggok2 (tengok2). Kadang2 mereka gunakan pertanyaan yg salah. Bila kita sampai di kedai dia, dia kata, "Yaa, apa lagi?" Kita tertanya2, apa laginya pulak, aku beli pun belum dah nak tanya apa lagi... Hahahaaa....

TAWAR-MENAWAR ITU MESTI
Kalau nak tawar-menawar ada caranya. Katakan harga sebuah beg itu RS75. Kita tanya, 30 riyal halal? Dia akan kata 50 riyal halal. Kita tanya lagi, wahid kalimah 35 riyal, halal? Dia kata, 35 haram! Kita pun buat la muka sikit sambil berlalu. 2-3 langkah aje kita keluar, dia akan panggil balik, "Tuan! Tuan! Halal!" So kita kena laa patah balik & beli mengikut harga yg kita tawar tadi. Saya pernah ajar seorang jemaah dari Jawa Barat ttg cara2 nak tawar-menawar ni sbb saya tgok mcm dia nak sangat barang tu. Saya kata, "Ditinggal lungo disek..." Saya tak berani cakap Melayu kerana pekedai tu paham. Indon tu buat2 pergi macam yg saya ajar. Lepas tu saya x ingat sama ada pekedai tu panggil balik atau tidak, heheee....

Kalau haji dari Jawa Timur, diorang tak tahu cakap jawa. Diorang tu orang Sunda. Kalau dari Jawa Barat pulak, itu Madhura, pun tak tau cakap Jawa. Kalau orang Solo, sesetengahnya boleh ngomomng Jowo. Kalau Jawa Tengah baru laa diorang ni Jawa betul. Loh! Kok kayak gitu. Aku ingat semua yg dari pulau Jawa tu Jowo!

Cumanya semasa tawar-menawar tu, kalau nak tawar banyak2 lebih baik buat masa pelanggan2 lain takde. Silap2 jadi macam yg pernah terjadi kpd bbrp org kawan aku (aku x pernah). Mereka siap kena halau lagi sbb tawar banyak2 kat depan2 pelanggan lain. Mereka taknak diorang ni spoil perniagaan mereka. Kalau takde org lain boleh laa....

Thursday, January 21, 2010

(10) TAWAF QUDDUM & SAIE HAJI

BERJALAN KE MASJIDIL HARAM
18/11/09, jam 7 pagi, para hujjaj dari KT90 yg lengkap berwudhuk & berihram, berkumpul di lobi Hotel Janadriyyah. Pihak muassasah akan membawa kami ke Masjidil Haram yg letaknya sejauh 760m dari hotel. Kami berjalan dalam rombongan di mana ar-rijal di hadapan manakala an-nisa' di belakang mengikuti mutawwif yg berjalan di hadapan dg membawa bendera Malaysia. Kami berjalan mengikuti jalan2 yg mana di kiri kanannya kedai2, restoran, farmasi & hotel2 sbgmana yg telah ditunjukkan melalui Powerpoint oleh petugas haji semasa sesi taklimat pd malam sebelumnya.
Ceramah oleh petugas Haji di hadapan lif tingkat 11

Beberapa tempat tertentu ditanda agar tidak sesat sewaktu pulang, misalnya Restoran Watani, Farmasi Ra'ad, dsb. Yang menarik perhatian, di sepanjang jalan kedengaran lagu Ya Toibah (yang dipopularkan oleh Haddad Alwi & Sulis dari Indonesia) dialunkan dari kebanyakan kedai. Malah, patung unta bergerak & patung baby di sana pun kalau ditekan suisnya, akan mengalunkan lagu itu jugak.

Di dataran di luar Masjidil Haram

Setelah tiba di dataran yg dipenuhi burung merpati iaitu di luar daripada Bukit Marwah, kami membelok ke kiri melintasi bangunan tandas bawah tanah utk melalui satu lagi dataran yg berhadapan dg Maktabah (asalnya Maulud Nabi). Seterusnya kami menuruni eskelator utk ke Bab al-Salam (Babus-Salam). Di depan pintu, kami masukkan selipar masing2 ke dalam uncang yg dibawa. Kami melalui pintu tersebut sambil membaca doa2 yg telah dikhususkan, misalnya Allahumma antassalaam, waminkassalaam... (sehingga akhir doa).

MENANGIS DI TANGGA
Selepas melalui lorong saie di basement, aku tiba2 terpaku.......... hatiku berdebar2 & dg tidak semena2 aku menghamburkan air mata. Aku menangis semahu2nya. Isteriku kehairanan. Bila dia tanya kenapa, aku tak dapat jawab krn sesuatu yg tak disangka2 berada di hadapanku. Ianya bukanlah suatu perkara yg aneh atau asing, melainkan ianya hanyalah 'tangga' semata2. Waktu itu rombongan telah meninggalkan kami. Aku x kisah ketinggalan. Berkenaan dg tangga itu, bagi orang lain pasti ianya tidak ada apa2 melainkan ianya hanyalah tangga semata2. Tangga itu perlu dinaiki jika kita melalui basement utk naik ke tingkat 1 masjid. Itu saja.

Tapi tangga itu bukan setakat itu bagi aku. Tangga itu pernah muncul dalam mimpi aku sebelum ini. Sebenarnya, sebelum aku ke Tanah Suci, aku kerap kali bermimpi berada di Masjidil Haram sama ada bersolat atau berwudhuk di sana, dsb. Sekali, aku bermimpi yg aku terpaksa solat di tangga krn org terlalu ramai. Aku cuba bertanya kpd mrk yg pernah sampai ke Mekah, ada tak tangga yg begini2.... diorang kata ada. Dan sememangnya tangga itulah yg muncul dlm mimpi aku itu. Itulah tangganya. Aku tak boleh nak terangkan rasa syahdu aku yg amat sgt pd masa itu. Hanya Allah saja yg tahu. Takpelah, aku pun paham kalau korang tak paham... Isteri aku pun tertanya2 kenapa aku menangis sampai begitu sekali.

TUNGGU ABANG KAT SINI
Setelah selesai tragedi di tangga itu, aku kuatkan semangat menaiki tangga itu. Di situ aku & isteri mengikat kedua2 uncang selipar kami pd pagar tangga tersebut. Kata aku, "Kalau terputus nanti, tunggu abang kat sini." Setelah memanjat tangga kami pun sampai di atas. Pada masa itulah aku dpt lihat sesuatu yg aku rindu2kan selama ini. Tersergam di depan mataku Kaabah yg menjadi kiblat bagi setiap umat Islam di seluruh dunia. Lama juga aku berdiri kaku menahan sebak. Dan air mata ini tertumpah lagi di celah-celah laluan ratusan ribu jemaah yg sedang bertawaf.

Dengan linangan air mata, aku & isteri mencari penjuru Hajarul Aswad. Setelah memastikan lampu hijau di sebelah kanan kami, aku yg berihram dengan beridtiba' (membuka bahu kanan) & isteri memulakan tawaf quddum (hanya untuk haji ifrad shj) secara berdua krn telah tertinggal dari rombongan. Setelah selesai kami mendirikan solat sunat tawaf di belakang Makam Ibrahim. Kami mengambil tempat yg agak jauh krn org terlalu sesak.

Solat sunat tawaf di belakang Makam Ibrahim

Pili air zam-zam berada di segenap ceruk dalam Masjidil Haram

Seusai solat kami terus menuju ke pili air zam2 & menikmati air yg termulia di dunia ini. Dg penuh keinsafan, terbayanglah saat itu kesengsaraan Siti Hajar yg mencari air lantaran anaknya Nabi Ismail yg sedang kehausan. Seterusnya kami melaksanakan saie haji.
Berehat sebenar dengan Kit-Kat sewaktu melakukah ibadah saie. Mana ada kit-kat daa...

Berehat sekejap di Bukit Safa

Oleh kerana ini adalah pertama kali aku melakukan tawaf & saie yg memakan jarak lebih kurang 5km, maka pinggang, betis & tapak kakiku berdenyut kesakitan. Itulah, dulu ustaz suruh exercise jalan2 dlm kampung, tak nak... Kalau badan tak fit, memang naya la mula2 tu. Sementara menunggu waktu solat Zohor, aku berjalan2 mencari lokasi yg bertentangan dg 'pancur emas'. Di sinilah aku berjumpa dg Abe Zin (Jln Tegayong, Melor) & anaknya serta Pak Man yg jual surat khabar di Kedai Melor.
Pancur emas


HILANG
Bila tiba masanya nak balik ke hotel, aku tercari2 isteriku. Tah macam mana boleh terpisah tadi. Mungkin juga kerana dia terpaksa ke belakang untuk duduk bersama2 hujjaj wanita. Cari punya cari, tak jugak jumpa. Masa tu belum boleh call sbb belum beli simkad Arab Saudi. Aduuyai, last2 aku terpikir nak tunggu kat tempat kitorang janji tadi iaitu kat tangga tempat kitorang letak selipar. Dari tempat aku duduk tu, sebenarnya senang sangat kalau nak ke tempat selipar tu, tapi oleh karena (ehh, macam Indonesia pulak), oleh kerana belum biasa, ditambah pulak dg jemaah yg terlalu sesak, aku mengambil keputusan utk ke tempat tersebut melalui jalan luar. Aku pun keluar dari masjid. Dari situ pulalah aku tercari2 pintu tadi. Adoiii, lama juga aku tercari2, jauh sudah aku berjalan, pergi ke sana, patah balik ke sini, akhirnya sampai juga kat tempat selipar tu.

Bila tiba di tangga tu, aku jadi keliru kerana banyak pulak karung selipar yg sama (tajaan Bank Islam) yg diikat berdua2an di pagar tangga tu. Nak aku buka satu persatu? Isyy.. takkanlah macam tu sekali. Aku akhir sekali capat mengecam tempat di mana aku ikat selipar tu. Aku pun tunggu la kat situ dengan perasaan yg remuk redam, gundah gulana ibarat menunggu buah melaka yg tak gugur. Entah berapa lama agaknya aku menunggu kat situ dengan perasaan keluh kesah & resah gelisah krn bimbangkan keselamatan isteriku, akhirnya aku ternampak di sudut sana, isterik aku tgh tunggu aku kat tempat yg sama mcm tempat aku duduk tu. Adumakk, muka dia merah padam! Lepas dari itu, aku dpt tau kalau kat sana, jangan cakap TUNGGU di sini, tapi kena cakap JUMPA kat sini... oo macam tu ke? Dah terkena baru aku tau.    

Apa2pun, balik ke hotel hari tu, betisku menjadi keras & sakit. Aduuyai! Jenuh aku menggosok dg minyak Mestika agar otot2 yg tegang menjadi kendur. Apa2pun aku bersyukur kerana aku telah selesai melakukan 1 rukun haji iaitu bersaie. Itu dah kira advance berbanding mereka yg membuat haji tamattuk.

Minyak Mestika yg banyak berjasa

MARI BELAJAR BAHASA ARAB
1. rijal = lelaki
2. nisa' = perempuan
3. maktabah = perpustakaan
4. sullamun = tangga
5. tairan = burung

MARI BELAJAR BAHASA JAWA
1. berjalan = melaku
2. hadapan = ngarep
3. burung = manok


MARI BELAJAR BAHASA KELATE
1. labu betis = otot di belakang betis

Tuesday, January 19, 2010

(9) PERTEMUAN DG NASIR DI BUMBUNG AL-HARAM

Untuk mengikuti kisah pertemuan dg sahabat yg tak pernah ditemui sejak 20 tahun yg lalu beserta dg gambar2nya sekali, sila klik;


(8) DI HOTEL

Setelah 8 jam terbang meredah langit biru membelah awan kumulus & nimbus, akhirnya pesawat mula 'merendah diri'. Walaupun jam sudah menunjukkan jam 5 suku waktu Arab Saudi, namun keadaan di bawah sudahpun gelap. Dari tingkap pesawat dapat aku perhatikan lampu2 yg bergemerlapan di Kota Jeddah. Setelah turun, kami sempat berehat sebentar di suatu ruang. Kami mengambil kesempatan itu untuk menunaikan solat secara jamak taakhir kerana waktu Maghrib di sana masuk pada pukul 05:45pm. Kemudian kami diminta turun sambil memegang pasport masing2 untuk diperiksa dokumen perjalanan dan visa haji, seterusnya ke kaunter yg berikut utk dicop pasport. Akhir sekali kami dibawa keluar untuk menaiki bas. Aku & isteri menaiki bas no. 4. Dalam perjalanan, kami dibekalkan dengan sebungkus nasi beriyani, sebotol air zam2 & bbrp jenis makanan ringan. Perjalanan dari Jeddah ke Kota Mekah dirasakan agak lama sedangkan jaraknya lebih kurang 80km shj.

JANADRIYAH
Aku & isteri ditempatkan di tingkat 11 Hotel Abraj al-Janadriyah bersama 6800 hujjaj yang lain. Hotel ini terletak kira2 760m dari Masjidil Haram & merupakan tempat di mana Ibu Pejabat Tabung Haji ditempatkan. Aku di bilik 1159 manakala org rumah aku di sebelah, 1160. Setiap bilik dihuni oleh 6 hujjaj. Bersama2 aku di bilik itu ialah Cgu Rashid (Tumpat), Cgu Mat Omar (Kuale Ganu), Cgu Din (Kuale Ganu), Abg Jak (Dungun) & Dr Yunus (Batu Pahat). Ini adalah haji kali kedua buat Cgu Din & Dr Yunus. Sebilik dg org rumah aku pula ialah Kak Yah (isteri Cgu Rashid) & 4 lagi dari Sabah.
Dr Yunus sedang memberi kursus dalaman kepada Cgu Shid cara2 mengambil gambar 'movie' menggunakan kamera yg baru dibeli

Inilah gambar Pok Jak (Abd. Razak @ Yahya), steady aje dlm pakaian ihramnya

BILIK HOTEL
Biliknya alhamdulillah, sangat selesa. Sajian makanan disediakan untuk makan tghari & malam. Kalau hujjaj yg pergi secara pakej, hidangan disediakan secara buffet. Kami pula, geng budak2 Petani datang bawa troli besar siap dengan makanan dlm tray berbungkus aluminium. Kemudian, mereka masukkan dlm mesin pemanas yg mereka letak di setiap aras hotel. Pastu, wakil setiap bilik akan datang untuk mengambil makanan, minuman & buah mengikut bilangan ahli bilik. Biasanya pasangan hujjaj yg agak masih muda tu, mereka akan makan bersama2 di atas tikar yg dibentang kat depan bilik. Bagi pasangan yang dah agak veterinar tu, maksud aku veteran sikit tu, mungkin diorang segan kot, so masing2 makan kat bilik masing2 laa.
Inilah bilik kami. Gambar dapur & tandas pun letak jugak - lantak....

Ini laa katil aku, heheee....

Pemandangan di belakang hotel dilihat dari tingkap bilik kami... kira2 bilik kami ni hillview laa gitu

MAKAN
Utk sarapan pagi, kami yg pergi secara muassasah bolehlah membeli sendiri di tepi2 jalan. Walau bagaimanapun, setiap hujjaj dibekalkan dg set sarapan berupa uncang teh, krimer, gula, dsb utk kegunaan sepanjang berada di Mekah. Ada pemanas air disediakan di bilik. Bagi mereka yg mengikuti pakej haji, sarapan disediakan utk mereka. Sebenarnya banyak juga warung atau perseorangan yang menjual makanan pagi di tepi2 jalan. Harga tak kira apa jenis, RS2 sebungkus sama ada nasik goreng, nasik lemak, nasik kerabu, laksam, mihun. Kdg2 dijual dg hrg RM5 utk 3 bungkus. Kuantitinya memang tak banyak laa... kira 1/3 drp yg kat tempat kita. Rasanya pun ala2 kadar je lah. Walau apapun, redha & kira sedap aje lah. Jgn nak byk songeh.

Makan depan bilik boleh menambahkan lagi kemesraan suami isteri setelah penat mengerjakan umrah ataupun selepas balik dari masjid

Utk menambah perisa dlm makanan, kita boleh la beli kicap & sos di sana. Harus diingat, kalau kita betul2 suka makanan ditambah dg sos cili, bawa aje dari Malaysia. Rasa sos cilinya tak sama dengan tempat kita. Rasanya masam + pedas sikit. Kalau sos tomato dia, baru ada ala2 sos cili kita, ada rasa manis2 sikit. Kpd penggemar kicap masin, kat sana takde kicap masin, aku x jumpa pun. Walau apapun, dinasihatkan la juga bawa bekalan spt berikut;
1) Sambal daging atau sambal ikan (serunding),
2) Sambal tempe (digoreng bersama tauhu, ikan bilis & kacang tanah),
3) Sambal garam,
4) Sambal tumis,
5) Ikan kering.

Ikan kering tu sebaik2nya ikan tamban kecik yg mcm ikan bilis tu. Goreng di rumah dan bungkus dlm paket yg kecik2. Kalau letak dlm paket besar, sekali buka yg lain2 akan lemau/liut/amem. Jadi kalau dlm paket kecik, sekali buka utk 2-3x makan. Dah habis yg tu baru bukak yg lain pula. Kalau nak bawak sambal tu memang kena bungkus dg hati2 takut terbukak habis kena kain baju.

Monday, January 18, 2010

(7) BARU KUTAHU......

BAGASI
Kepada sahabat handai yg akan ke Mekah nanti,  memang tak boleh nak sangkal lagi bahawasanya beg beroda itu sangat penting. Terima kasih banyak2 kepada pencipta beg beroda (aku pasti John Boyd Dunlop tak terlibat dalam hal ni). Walau secantik manapun beg anda, siapalah ia tanpa roda. Bayangkan nak tarik beg yang berat di Kelana Jaya, di KLIA, di lapangan terbang Jedah atau Madinah.

Kita tak perlu membeli beg-beg lain kerana Tabung Haji telah menyediakan 2 jenis beg iaitu beg beroda (diberi di Pejabat Tabung Haji berdekatan) dan beg sandang (diberi semasa berada di Kelana Jaya). Kedua2 beg ini boleh dibawa naik bersama kita. Walau bagaimanapun, jangan sekali2 mengisi beg2 ini dengan senjata tajam dan air. Malah, kadang2 ubat gigi juga akan dirampas semasa pemeriksaan mesin pengimbas kerana apa2 yang boleh dicalit seperti belacan pun termasuk dalam kategori cecair. Air minuman juga tidak dibenarkan kita bawa naik bersama penumpang. Kalau ada kita bawa air Yasin ke, gunting untuk bertahallul ke, masukkan dalam beg besar (bagasi). Jadi, beg beroda Tabung Haji tu bolehlah kita isi dengan pakaian solat, buku2 atau Quran kecil dan jangan lupa, kamera. Beg sandang yang kita selalu sangkut pada tengkuk tu pula kita isikan dengan pasport, buku kesihatan dsb. Bila dikenang kembali, kelakar juga aku tengok orang rumah aku terkebil2 nak habiskan air yasin yang dibawa kerana petugas airport dah arahkan agar botol air tersebut dibuang dalam tong sampah.

Seperkara lagi mengenai beg, kalau aku berpeluang ke Mekah lagi sekali, aku akan bawa beg yang sederhana besar aje. Isikan perkara-perkara penting yang dan selebihnya beli di sana. Semasa di sana, beg itu aku akan isikan dengan barangan2 yang dibeli (sebagai cenderahati buat sahabat handai di tanah air) & beg itu kemudiannya akan dipos ke tanah air. Ada beberapa syarikat yang memberi perkhidmatan penghantaran barang ke tanah air. Jika menggunakan perkhidmatan City Link, biasanya caj yang dikenakan lebih kurang RS15/kg. Tapi jangan pula pos buah kurma. Itu tak praktikel kerana ia terlalu berat.

PAKAIAN
Pada pendapat aku, kita tak perlu bawa banyak pakaian untuk dipakai di sana. Sepasang pakaian yang kita pakai tahan untuk 3 atau 4 hari kerana di sana baju kita tidak berbau busuk. Kalau kotor sekalipun, jika dibasuh dan dijemur (biasanya di bumbung hotel), ianya akan kering dalam tempoh masa yang singkat kerana udaranya yang kering. Malah, kalau malas membasuh, perkhidmatan dobi ada disediakan di lobi hotel. Tapi bayarannya agak mahal sedikit. Kalau di Mekah, biasanya setiap helai pakaian dicaj sebanyak RS5 tapi kalau di Madinah ia dicaj mengikut jenis pakaian. Kalau setakat seluar jerut getah tu dalam RS3 aje.

Inilah pemandangan di bumbung hotel tempat kami menjemur pakaian. Kelihatan cuaca agak redup dan keadaan sekitar agak lembap dan tiada kain di jemuran kerana baru lepas hujan (pada hari keberangkatan ke Arafah). Masa ni hero pun ada  turut membantu heroin mengangkat kain di jemuran. Hero berpakain kain pelikat yg digunting & tak pakai baju sbb masih dalam ihram,  Kain pelikat yang aku pakai itu tidak berjahit/bercantum. Terpaksalah aku korbankan sehelai kain pelikat yang masih baru untuk kegunaan dalam ihram.

Jadi, kalau kita tak nak bawa pakaian banyak2, kalau orang lelaki, bawa sepasang aje kain pelikat dan baju melayu. Di sana, kita boleh beli jubah dengan harga yang sangat murah. Kalau di Mekah, dalam RS25 tapi kalau di Mina, hanya dalam RS10 pun boleh dapat daripada penjual berbangsa Melayu Pattani yang berbahasa hampir sama dengan oghe Kelate. Lagipun semasa berada di sana, kita lebih selesa berjubah berbanding memakai kain pelikat. Cuma, kalau nak beli lebih sikit pun mungkin t-shirt pagoda. Baju ni kita pakai di dalam semasa memakai jubah. Baju ni jugak kita pakai semasa berlenggeng di hotel. Biasanya baju ni ada poket di bahagian depan, macam poket kanggaru tu. Beli dalam 4 lai pun takpe, baru RM40.

SELUAR & KASUT
Lagi satu, pada akulah, seluar panjang (slack) dan kasut tak payah bawa langsung pun tak apa kerana kita tiada masa untuk memakainya. Kita boleh beli seluar panjang putih untuk dipakai bersama jubah. Percaya atau tidak, seluar tersebut boleh diperolehi dengan harga serendah RS3-RS5 sahaja di Mina atau RS10 (10 riyal)di Mekah. Di sana kita hanya pakai jubah & seluar putih untuk ke masjid, pakaian ihram semasa haji dan umrah, dan berkain pelikat dengan t-shirt semasa di hotel. Jadi, seluar panjang lengkap bertali pinggang tu tak payah bawalah aku rasa. Begitu juga dengan kasut. Aku hari tu pakai kasut sekaliiii aje, itupun semasa perjalanan (penerbangan) balik ke tanah air.

Kain ihram walaupun kita bawa 2 pasang, tetapi apabila selesai kerja-kerja haji, poskanlah sepasang manakala sepasang lagi tinggal untuk buat umrah. Ini kerana kain ihram yang tebal memakan ruang yang banyak di dalam beg kita. Jika ianya dihantar pulang, ruang tersebut boleh kita gunakan untuk mengisi lebih banyak barangan2 lain.

PERALATAN LAIN
Kamera amat penting untuk kita abadikan gambar2 di sana. Gambar2 tersebut bukanlah bertujuan untuk menunjuk2 sebaliknya memberi pengetahuan kepada mereka yang ingin tahu - misalnya gambar jamrah, suq tumur (pasar tamar), jabal rahmah, Makam Ibrahim, Hijir Ismail, Masjid Kuba', Masjid Qiblatain, dsb. Selain itu, diharapkan gambar2 tersebut dapat memberikan pengetahuan baru kepada bakal2 haji lain di samping menarik minat yang lain untuk ke sana. Jika boleh, sebaik2nya gunakanlah kamera yang menggunakan bateri yang boleh dicaj menggunakan elektrik.

Di dalam senarai keperluan, kita juga perlu membawa lampu suluh. Aku tak pasti sangat bila kita memerlukannya kerana sepanjang berada di sana, aku jarang sekali guna. Kalau adapun semasa berada di Arafah iaitu semasa hendak ke bilik air. Lampu suluh pun aku guna yang boleh dicaj elektrik.

Lain-lain keperluan seperti uncang batu & uncang selipar, malah berus & ubat gigi, kita tak perlu beli kerana ianya telah dibekalkan oleh pihak swasta melalui Tabung Haji.

(6) MASIH DALAM KAPAL TERBANG


ENCIK NAK MAKAN APA?
Sewaktu pramugari menghidangkan makanan, aku terfikir inilah kali pertama aku makan nasi kapal terbang. "Encik nak daging masak kicap atau kari ayam?" Alaa susah2 aje. Heheee, dg mulut yg kecur aku jawab, ayam! Tak sabar rasanya nak makan makanan kapal terbang nih! Tah macam manalah rasa ayamnya nanti. Teringin juga aku nak rasa daging, tapi nak cari nahas? Aku x berani menempah risiko. Aku dah janji utk berhati2 memilih menu semasa di Tanah Suci nanti. Aku takut kerja2 ibadahku nanti tergendala. Tapi aku suruh org rumah aku pesan lauk daging, sebab aku nak rasa jugak walau sedikit. Heheee.... korang jgn aa pikir yg negatif2 ttg aku. Ini bukan pasal selera tapi semangat ingin mencuba (boleh ke macam tu).... Hidangan diletak dalam tray aluminium yg dipanaskan. Bungkusannya kekal panas walaupun dlm kapal terbang ber'aircond'.

Kalau dah benda baru, semuanya rasa enak. Makanan yg dimakan rasanya sedaaap sgt. Lauknya rasa empuuuuk sgt. Fuhhh! Cuma sayurnya terpaksa ditolak ke tepi. Maklumlah, kacang panjang mana aku berani makan. Nak cuba boleh, tapi tungguilah kedatangan 'sheikh ghout' nanti. Makan daging dan kacang panjang samalah macam mengundang tuan sheikh tu. Hiii taknak aku, taknak....

Setelah kekenyangan, pramugari meminta agar tingkap ditutup menjadikan suasana gelap seterusnya mengundang perasaan mengantuk. Aik? Macam kat tempat nursery pulak rasanya. Dah bagi makan kenyang2, disuruhnya tidur pulak ye?
Aku terlelap dalam 10 minit je. Lepas tu aku terbangun & 'kancilen', tak dapat tidur lagi. Aku tercari2 remote control utk aku tukar2 channel tayangan pd skrin kat dpn aku. Ada channel radio, channel lagu2 pilihan, channel movie & pun banyak, dari cerita Melayu sampailah ke cerita Cina. Ada jgk channel info ttg penerbangan kami pd masa itu yg memaparkan ketinggian pesawat, jarak & masa yg telah dilalui, jarak & masa yg masih tinggal utk sampai di Jeddah, suhu di luar, kelajuan angin dsb.

KISAH TALI PINGGANG LAGI
Aku tengok, ketinggian pd masa itu dlm 12,000 meter lebih. Kelajuan pula dlm 950 km/j. Suhu di luar -5 darjah. Kedudukan pesawat dlm peta waktu itu kira2 di kawasan udara negara India. Keadaan di luar agak berawan. Kapten mengarahkan penumpang memakai tali pinggang krn cuaca dikatakan kurang baik. Dan aku? Aku sekali lagi terkulat2 buat2 tarik tali pinggang supaya org lain tak perasan yg aku TAK BERJAYA memakai tali pinggang keledar.

Sekira2 penumpang lain sedang nyenyak, lampu dinyalakan & tempat letak makanan di hadapan penumpang diturunkan. Aku kehairanan. Ada makan2 lagi ke ni? Aku bukan apa, takut menyusahkan aje. Hehee.... Kali ini pramugari menghidangkan minuman. Opsyen yg ada - kopi, teh, oren. Aku penagih kopi, apa lagi mintak kopi laa... Lepas minum dihidangnya lagi makanan. Ehh? Makan tengah hari lagi? Rupa2nya tadi tu makan tengah hari utk waktu di Malaysia, kali ini makan tengah hari utk waktu sebelah Arab pulak.
Waktu tengah hari menjadi panjang kerana penerbangan kami mengikut arah putaran bumi. Jadi, tak hairanlah kalau dikatakan penerbangan kami ini memakan masa 3 jam sahaja. Kapal terbang berlepas pada jam 02:15pm & tiba di Jeddah jam 05:15pm. Aik? 3 jam aje? Takkanlah KL ke Jeddah 3 jam aje. Bukan 8 jam ke? Heheee... sebenarnya, 05:15pm tu waktu Arab Saudi. Kalau dikira waktu Malaysia, waktu itu dah pun 10:15pm (beza waktu 5 jam). Ooo patut laa hidangan tengah hari 2 kali. Best jugak macam tu kan? Heheee...